PercumaMenawarkan pembelian dalam aplikasi
+ Menawarkan pembelian dalam aplikasi
Percuma+

Perihalan

Top Eleven - Be A Football Manager membolehkan anda menghayati impian bola sepak terus dari poket anda! Tandatangani superstar bola sepak, tentukan taktik dan bersiap sedia untuk menghimpun pasukan terunggul yang akan meneraju sejarah kelab anda. Sebagai Pengurus di Top Eleven 2024, anda selangkah lagi untuk merasai debaran perlawanan sebenar hasil daripada perlawanan 3D yang luar biasa. Dalam permainan sukan percuma ini, anda mencabar penyokong lain dari seluruh dunia dalam perlawanan PVP masa nyata. Tidak seperti permainan pengurus bola sepak lain, anda akan bersaing untuk melihat siapa antara anda yang mampu meraih trofi dan menjadi #1 - sama ada anda pengurus bola sepak di Amerika atau di mana jua! Versi terkini permainan mudah alih tersohor ini menyertakan lebih aksi dan keterujaan bola sepak daripada sebelumnya - anda perlu saksikannya untuk percaya! Setiap pengurus bola sepak Top Eleven memburu Tiga Mahkota yang terkenal - gelaran Liga, Liga Juara-juara dan Piala. Daripada menjalankan latihan dengan latih tubi realistik hinggalah mengambil bahagian dalam persaingan merebut tandatangan pemain terhandal, terpulang kepada anda untuk menghimpun top 11 yang boleh menjaringkan gol, bertahan dan bersedia pada hari perlawanan Pengurus! Sudah bersedia untuk bermula? Memperoleh gelaran Liga impian di Top Eleven 2024 lebih menarik dengan aturan perlawanan baharu, memastikan setiap permainan terasa seperti perlawanan penting! Sertai legenda bola sepak José Mourinho dan Xabi Alonso dan pengurus lain dari komuniti global kami sambil memburu kegemilangan! Dengan Top Eleven 2024, memulakan permainan pengurus bola sepak percuma menjadi mudah: PANDUAN RINGKAS SEBAGAI PENGURUS BOLA SEPAK -Sertai Lelongan masa nyata dan bersaing untuk menandatangani pemain terbaik untuk top 11 anda. -Bina stadium bola sepak 3D anda sendiri dan mainkan bola sepak yang disukai peminat! -Bangunkan bakal superstar atau superstar bola sepak dalam Akademi Belia. -Namakan kelab anda dan saksikan kemasyhurannya tersebar - Sports FC, Football Club Your Name - kemungkinannya tidak terbatas. -Kumpul dan pilih daripada sejumlah besar jersi dan lambang untuk menonjolkan lagi taktik bola sepak anda. DOMINASI DAN SKOR SETIAP MUSIM! -Sertai sehingga 3 pertandingan dalam setiap musim 28-hari dan lihat jumlah trofi yang boleh anda bawa pulang! -Buka kunci mata dan gunakannya untuk galakan dan ganjaran hebat pada Pas Tempur Penaja Khas! -Nantikan permainan mini 3D percuma yang seronok dan menarik serta acara langsung yang mengiringi setiap musim, setiap satunya menjanjikan ganjaran dan peluang hebat! Apabila anda bersedia untuk membawa permainan pengurus anda ke tahap seterusnya: BUKTIKAN DIRI ANDA DI PERINGKAT GLOBAL! -Atur Liga anda sendiri bersama rakan, teman sebilik, keluarga atau rakan sekerja untuk melihat pasukan siapa yang terunggul. -Sertai Persatuan dan bertanding dalam kejohanan klan yang dimainkan setiap hujung minggu untuk ganjaran tertinggi. -Sembang dengan rakan sepasukan dan susun strategi anda dalam usaha memburu 100 Teratas! Yakin anda mampu menjadi pengurus bola sepak terbaik di dunia? Buktikan sekarang di Top Eleven - kini dengan perlawanan bola sepak 3D untuk dinikmati dalam masa nyata! Top Eleven boleh dimuat turun secara PERCUMA dan menyertakan pilihan pembelian dalam permainan (termasuk item rawak). Pembelian dalam permainan boleh dinyahdayakan dengan mematikan pembelian dalam apl pada Tetapan telefon atau tablet anda. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Terma perkhidmatan: https://nordeus.com/terms-of-service/ Sertai Komuniti Top Eleven global di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan Twitter Top Eleven - Jadi Pengurus Bola Sepak 2024 tersedia dalam 31 bahasa

Syot layar

Perkara baharu dalam versi ini

Kini sepak mula utk kemas kini Top Eleven, Pengurus! Dengan keluaran terkini ini, kami menambah beberapa penambahbaikan dan pengoptimuman kepada pelan taktik kami bagi membantu memastikan kelab bola sepak anda berjalan dengan lancar.

Ciri

  • Perlawanan Masa Nyata: Tandingi peminat bola sepak dari serata dunia dalam perlawanan bola sepak PvP. Uji kemampuan skuad anda dan cipta sejarah!
  • Taktik & Formasi: Itulah cabaran anda sebagai pengurus bola sepak. Pilih pasukan, tetapkan taktik dan buat pelarasan yang membuahkan hasil.
  • Latihan: Pimpin sesi latihan yang akan menaik tahap pemain anda. Pilih latih tubi Serangan, Pertahanan atau Fizikal dan sediakan pemain anda untuk hari perlawanan!
  • Pasaran Perpindahan: Tandatangani superstar yang akan menjadikan anda pengurus bola sepak legenda. Dengan pasaran perpindahan langsung 24/7, anda boleh merebut tandatangan pemain berkelas dunia.
  • Sesuaikan Stadium 3D: Bina stadium dan empayar bola sepak anda. Padang anda dipersembahkan dengan grafik 3D menarik yang akan mengalu-alukan peminat anda untuk tempoh yang lama.
  • Persatuan Bola Sepak - Pertandingan Kesatuan: Bergabung dengan rakan anda untuk membentuk sebuah Persatuan Bola Sepak. Sertai pertandingan mingguan menentang klan lain dan daki papan juara global.
  • Acara Langsung: Acara baharu sentiasa diadakan untuk menakluki setiap musim. Bawakan yang terbaik dan hadapi cabaran masa terhad yang memberikan ganjaran hebat.
  • Pertandingan: Sertai pemburuan Kuadrupel! Cabar Liga, Piala, Liga Juara-Juara dan Liga Super bersama pasukan anda dan bawa pulang trofi.
  • Pas Tempur Penaja Khas: Setiap musim membawakan pas tempur Penaja Khas edisi baharu! Buka kunci ganjaran hebat dengan mencapai penanda aras dan memperkuatkan kelab anda!
  • Kejuaraan Persahabatan: Bentuk pertandingan Liga anda sendiri bersama rakan, keluarga dan rakan sekerja untuk melihat pengurus bola sepak yang benar-benar terbaik!
  • Jersi & Lambang: Masuk ke gelanggang dengan bergaya bersama pelbagai koleksi jersi dan lambang, termasuk daripada beberapa kelab terbesar di dunia seperti Real Madrid CF, PSG dan banyak lagi!
  • Pencapaian: Buka kunci pencapaian untuk memperingati kejayaan anda di gelanggang sebagai pengurus bola sepak. Acara masa terhad turut dicatat sebagai pencapaian pada buku sejarah anda!
  • Akademi Belia: Bangunkan generasi superstar seterusnya! Dengan Akademi Belia sendiri, anda boleh cari posisi yang diperlukan untuk memperkuat dan mempersiapkan mereka dalam musim penampilan sulung ini

Maklumat tambahan

Diterbitkan oleh

Nordeus Limited

Dibangunkan oleh

Nordeus

Tarikh keluaran

15/11/2021

Anggaran saiz

466.64 MB

Penarafan umur

Untuk usia 3 tahun ke atas

Kategori

Sukan

Aplikasi ini boleh

Capai sambungan internet anda

Pemasangan

Dapatkan aplikasi ini semasa anda didaftar masuk ke akaun Microsoft anda dan pasang pada sehingga sepuluh peranti Windows 10.

Bahasa yang disokong

English (United States)



Laporkan produk ini

Daftar masuk untuk melaporkan permainan ini kepada Microsoft
Laporan produk ini untuk kandungan tidak sah

Penafian Undang-undang

Penjual ini telah mengesahkan bahawa ia hanya akan menawarkan produk atau perkhidmatan yang mematuhi semua undang-undang yang berkenaan