Astro Ria
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Malaysia Singapura Brunei |
Slogan | Dunia Hiburan Anda (1996–2003) |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Induk | Astro |
Orang penting | Idlan Zahari Pengurus Saluran Astro Ria |
Saluran kembar | Astro Prima Astro Oasis Astro Warna Astro Citra Astro Premier Astro Rania Astro Aura |
Sejarah | |
Dilancarkan | 1 Jun 1996 (SD) 29 Mei 2015 (HD) 14 Januari 2023 (HD) |
Ditutup | 12 April 2021 (SD) 1 April 2022 (HD) |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Satelit | |
Astro | Saluran 104 (HD) |
NJOI | Saluran 104 (HD) |
IPTV | |
Singtel TV | Saluran 608 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / On Demand |
TV Malaysia Live Online | Tonton secara langsung |
Astro Ria (awalnya menggunakan nama Ria hingga 8 Ogos 2003) merupakan saluran televisyen aneka Melayu yang beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Cogan kata dari Astro Ria adalah Dunia Hiburan Anda. Ia juga merupakan saluran pertama Astro yang melayang sayapnya ke Singapura menerusi platform Singtel TV, perkhidmatan IPTV Singapore Telecommunications.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sejarah
Latar belakang
Astro Ria melancarkan siaran perdana pada tanggal 1 Jun 1996 jam 9:00 pagi serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Astro Vaanavil dan Astro Wah Lai Toi setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Ria menggunakan nama panggilan Ria hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro. Cogan kata utama saluran televisyen ini ialah Dunia Hiburan Anda salah satu elemen dari semua dunia hiburan untuk keluarga di rumah dipertimbangkan oleh kaedah saluran ini. Program televisyen pertama Astro Ria berbentuk permainan dengan kata-kata misteri dan hadiah jutaan ringgit serta sebuah kereta bertajuk Roda Impian sehingga lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an, menonton filem Melayu klasik masa dulu sejarah dari era 50-an hingga 60-an berupa hitam-putih, rancangan permainan atau kuiz, kanak-kanak, dokumentari dan sukan dalam Bahasa Melayu.
Pada 6 Mei 2002, Astro Ria telah melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg RIA News yang pada awalnya adalah versi bahasa Melayu bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam.Hos pertama ialah Amir Mahmood Razak, yang akhirnya turut muncul untuk versi Inggeris. Rancangan ini diterbitkan oleh Amy Mahadi.
Pada Jun 2003, Astro Ria melancarkan program berdasarkan siri TV Mexico, La Academia, bertajuk Akademi Fantasia. Peraduan itu mempertandingkan 12 penyanyi untuk menjadi pemenang. Rancangan ini menjadi begitu popular di Malaysia dan Brunei sehingga versi spin-off dibuat di Indonesia dan Thailand. Musim kedua telah dicipta, membolehkan penonton Brunei untuk mengundi juga. Pada musim ketiga, 14 peserta dan bukannya 12 peserta asal bersaing untuk pertandingan itu dan pemenang, Mawi serta-merta menjadi selebriti muzik. Musim keempat bermula pada Mei 2006. Selepas 13 tahun rancangan ini bersiaran, Akademi Fantasia telah rasmi ditamatkan penyiarannya di Astro Ria pada 9 Oktober 2016 dan digantikan oleh Big Stage pada 5 Ogos 2018.
Astro Ria turut menganjurkan pelbagai acara tahunan berprestij dalam dunia hiburan seperti siaran Anugerah Era (Anugerah MeleTOP Era), Festival Filem Malaysia, Anugerah Siri Angkasa dan juga Siaran Awam UMNO yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTCKL).
Pada awal tahun 2008, Astro Ria muncul buat pertama kali di telefon bimbit iaitu Astro Ria Mobile. Anda boleh menikmati akses melalui Astro Mobile TV dan Astro Ria Plus yang dilancarkan khusus sebelum menyambut Aidilfitri. Astro Ria mempersembahkan program istimewa yang lebih menghiburkan dan mesra ukhwah di hari raya Aidilfitri. Anda juga boleh menonton penstriman langsung secara premium di aplikasi telefon pintar dan tablet PC Astro On-The-Go.
Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Berita Astro. Pada 15 April 2007, Berita Astro telah dijenamakan semula sebagai Berita Bernama. Astro News menghentikan pengeluaran pada penghujung Januari 2007 dan seterusnya melancarkan bahagian berita baharu yang mana Astro Awani telah dilancarkan pada September 2007. Rancangan berita utamanya Sinar Awani turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 20:00 MST. Berita Astro dan Berita Bernama ialah rancangan berita waktu perdana semasa ia dalam siaran sebelumnya ehsan Bernama. Singtel TV sedang menyiarkan saluran ini di Saluran 608 kerana Singtel TV telah menggunakan 3 digit sejak pelancaran Saluran Antarabangsa FOX melalui Singtel TV.
Pada 10 November 2023, Astro Ria telah rasmi melancarkan rancangan personaliti Hero dan Dewi yang pertama di Malaysia dikenali sebagai HeroDewi Remaja. rancangan itu disiarkan pada pukul 10:00 malam pada hari Jumaat dengan Episod Akhir pada 30 Disember 2023. rancangan ini diterbitkan bersama oleh Astro sendiri kerjasama dengan majalah Nu Ideaktiv dan Majalah Remaja.[1]
Pada 16 September 2024, Astro Ria & Wonda bergabung menjadi Wonda Ria hanya dua hari sekali dari 16 September 2024 sampai 17 September 2024 sempena menyambut Hari Malaysia ke-61.
Ria X
Selain Astro Ria Plus, pada 7 Mei 2019, Astro Ria telah mempersembahkan program blok televisyen yang menyiarkan nama Ria X, rangkaian blok televisyen daripada Astro Ria yang memuatkan siaran bual bicara dan siri televisyen dalam menyambut bulan suci Ramadan dan Aidilfitri. Ria X dengan kerjasama kumpulan saluran televisyen berbahasa Melayu iaitu Astro Ria, Astro Prima, Warna dan Naura (telah rasmi ditamatkan pada 1 Februari 2022).
Astro Ria HD
Astro Ria bersiaran buat pertama kali dalam format kualiti HD untuk siaran langsung terutama Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kelapan di Saluran 124 dan Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kesembilan dan Mari Menari di Saluran 188 (Astro B.yond). Selepas itu, pada 29 Mei 2015, Astro Ria dengan format HD akan ditayangkan di Saluran 123 berjudul Astro Ria HD dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby 5.1.
Pada mulanya, Astro Ria menekan butang nombor saluran 3 pada alat kawalan jauh pegang tangan yang sepadan dengan satu senarai kedudukan. Tetapi kemudian nombor ini bertukar kepada 3 digit dan namanya ialah 104 buat kali pertama dengan format SD.
Astro Wonda Ria
Setelah saluran pop-up, Astro Ria akan dikontrakan kerjasama dengan produk kopi pertama di Malaysia, Wonda kepada dijadikan saluran istimewa bertajuk Astro Wonda Ria mengudara selama dua hari berturut-turut dari 16 September 2024 sampai 17 September 2024. Awalnya iklan produk Wonda di Astro Ria dipakai saat rehat iklan dan sebelum kembali ke rancangan tersebut.
Nama
Astro Ria menggunakan kata "Ria". Ria ialah simbolik yang bermaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan juga dikenal sebagai "riang ria" untuk menghibur rancangan dengan penyiar dan artis-artis idola yang menarik.
Astro Ria menggunakan kata Ria ialah simbolik dimaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan merupakan saluran hiburan bermacam-macam untuk keluarga.
Logo
Pada 9 Ogos 2003, Astro Ria secara rasminya telah bertukar nama dan logo Baharu telah didedahkan sempena Konsert Akhir Akademi Fantasia musim pertama dilengkapi dua segi empat tepat dan garis "wave curve" di tengahnya dan digayakan astro RIA warna putih dan telah digunakan pada 27 Oktober 2003 sempena Ramadan 1424H.
Pergantian nombor
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Ria:
- Pada tanggal 1 Jun 1996, Astro Ria dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 1.
- Pada 1 November 1999, Astro Ria telah dinomborkan semula dari saluran 1 ke saluran 2.
- Pada 1 Januari 2002, Astro Ria telah dinomborkan semula dari saluran 2 ke saluran 4.
- Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Ria akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 104.
- Pada tanggal 29 Mei 2015, Astro Ria dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 123.
- Pada tanggal 1 April 2020, Astro Ria akan diubah nombor lagi menjadi saluran 104 untuk siaran format HD dan saluran 124 untuk siaran format SD.
- Pada 12 April 2021, Astro Ria telah bersiaran menerusi saluran 104 (HD) dan saluran 124 (SD) telah rasmi ditamatkan dan digantikan oleh TVB Magic (sehingga 1 April 2024) yang mula bersiaran secara rasmi di Astro pada 19 Jun 2023.[2]
Azan
Semasa bulan Ramadan Astro Ria akan menyiarkan Azan Subuh dan Azan Maghrib sahaja.
Slot rancangan dan berita
Sedang disiarkan
Tidak disiarkan lagi
- DramaRia
- GegaRia
- LayaRia
- MisteRia
- RIAksi
- GaleRia
- Layar Pilihan
- Berita Astro (terbitan Bernama dan Astro)
- Berita Bernama (terbitan Bernama dan Astro)
- Awani 7:45
- Nadi Arena
- The History Channel
Galeri logo
Berikut ini adalah senarai logo Astro Ria:
-
Logo Astro Ria versi kedua
(9 Ogos 2003 - 15 April 2007) -
Logo Astro Ria versi ketiga
(16 April 2007 - 28 Mei 2015) -
Logo Astro Ria versi keempat
(sejak 29 Mei 2015) -
Logo khas Astro Wonda Ria
(16 - 17 September 2024)
Rancangan
Intisari rancangan Astro Ria turut diletakkan di akhbar tempatan, satu-satunya saluran berbayar di Malaysia yang sedemikian.[3][4][5][6][7][8][9]
Berita
- Awani 7:45: Rancangan Berita Nombor Satu di Malaysia Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di Hello sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45 malam dalam berita terkini dan antarabangsa. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu Sinar Awani. Dengan slogan Rancangan Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (Tayangan serentak di Astro Awani).
Bekas rancangan
- AF Megastar
- Anak Wayang (bersama Astro Prima)
- Impak Minima (bersama Astro Warna)
- Impak Minima Bahagian 2 (bersama Astro Warna)
- Akademi Fantasia
- Best Of AF6
- Akustik Hazama
- Beat TV
- Berbaran Perlude Akademi Fantasia
- Dari Studio 1
- Dari Studio 1 Akademi Fantasia
- Diari Akademi Fantasia
- Durian Runtuh
- ERA TV
- ER 5
- Ezon
- Fear Factor Malaysia (sebelumnya di NTV7)
- Fenomania!
- Gegar U!
- Kaunter Kaboom!
- Kelab Pop
- Kring Kring
- Hello Bro, Tolong Masak!
- Hey Hazama!
- Ho Live
- Jangan Lupa Lirik!
- Kaunter Kaboom! (bersama Astro Warna & Astro Mustika HD)
- Konsert Akhir Akademi Fantasia
- Malam Ini
- Mania!
- Mari Menari
- M. Nasir Destinasi... Dunia
- MasterChef Malaysia
- MasterChef Selebriti Malaysia
- Muzik@RIA
- Nadi KL
- Raja Lawak Astro
- Roda Impian (sekarang di TV3)
- Salaam Bollywood
- Sehati Berdansa
- Sunburst Concert
- Oh... Lelaki!
- On Air
- Rm. 1.000.000 Money Drop
- Studio 1 Akademi Fantasia
- Selebriti?
- The Band
- TVIQ
- Wazzup Mila
- Your Private Island
Berkas rancangan khusus Aidilfitri
- Hello Bro, Tolong Masak Raya Ni!
- Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!
- Rumah Terbuka AF5
Berkas rancangan istimewa
- Konsert Kenangan AFnil Rindu Serindu Rindunya
- Konsert Aku Sudirman
Lihat juga
Rujukan
- ^ Hero & Dewi Remaja 2023 digabungkan. Misi pencarian bermula dengan penuh debaran
- ^ Saluran baharu TVB Magic tersedia di Astro, bawakan lebih banyak kandungan Asia
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 20 November 2016.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 Oktober 2014.
- ^ "PROGRAM Get It Beauty On the Road akan mula disiarkan di Astro". Berita Harian. 25 September 2018.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 18 September 2016.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 19 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-25. Dicapai pada 2019-01-24.
- ^ "Dewi Remaja kembali lagi eksklusif di Astro Ria, Ria HD malam ini". Utusan Borneo. 25 November 2018.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 September 2016.