Pergi ke kandungan

Sri Lanka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ceylon)
Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka
ريڤوبليك ديموكراتيك سوسياليس سري لڠكا
ශ්රී ලංකා ප්රජාතාන්ත්රික සමාජවාදී ජනරජය
Šrī Lankā Prajātāntrika Samājavādī Janarajaya
இலங்கை ஜனநாயக சமத்துவ குடியரசு
Illankai Chananaayaka Chosalisa Kudiyarasu
Bendera Sri Lanka
Jata Sri Lanka
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Sri Lanka Matha"
Mengenai audio iniMuzik 
Lokasi Sri Lanka
Ibu negaraSri Jayawardenepura Kotte (legislatif)[1]
Colombo (eksekutif & kehakiman)[2]
Bandar terbesarColombo
Bahasa rasmiBahasa Sinhala, Bahasa Tamil
Bahasa komunikasi
antara etnik
Bahasa Inggeris
Kumpulan etnik
(2012[3])
≈74.9% orang Sinhala,
≈11.2% orang Tamil Sri Lanka,
≈9.2% orang Moor,
≈4.2% Tamil India,
≈0.5% Lain-lain (termasuk orang Burgher, Melayu dsb)
KerajaanRepublik Demokratik Sosialis
• Presiden
Anura Kumara Dissanayake (අනුර කුමාර දිසානායක)
vacant
Penubuhan
• Kemerdekaan dari United Kingdom
4 Februari 1948
• Republik
22 Mei 1972
Keluasan
• Jumlah
65,610 km2 (25,330 bt2) (120th)
• Perairan (%)
4.4
Penduduk
• Perkiraan 2019
21,803,000[4] (ke-58)
• Bancian Penduduk 2012
20,277,597 orang[5]
327/km2 (846.9/sq mi) (ke-43)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$287.671 bilion[6] (ke-54)
$13,113[6] (ke-91)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$81.120 billion[6] (66th)
$3,697[6] (ke-113)
Gini (2016)39.8[7]
sederhana
HDI (2019) 0.782[8]
tinggi · ke-72
Mata wangRupee Sri Lanka
(LKR)
Zon waktuUTC+5:30 (Waktu Piawai Sri Lanka)
Arah memandukiri
Kod panggilan94
Kod ISO 3166LK
DPT internet.lk

Sri Lanka, secara rasmi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972) ialah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran `Mutiara Lautan Hindi`, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.

Disebabkan lokasinya di tengah-tengah laluan jalan-jalan laut utama, Sri Lanka adalah penghubung laut yang strategik antara Asia Barat dan Asia Tenggara, dan merupakan sebuah pusat agama dan kebudayaaan Buddha sejak zaman silam. Hari ini, negara tersebut adalah negara yang berbilang agama dan bangsa, dengan 1/3 daripada populasinya menganut agama selain ajaran Buddha, terutamanya agama Hindu, Kristian dan Islam. Masyarakat Sinhala membentuk populasi terbesar, dengan orang Tamil yang tertumpu di utara dan timur pulau tersebut membentuk minoriti etnik terbesar. Masyarkat-masyarakat lain termasuklah orang Moor yang beragama Islam, Melayu dan Burgher.

Terkenal dengan pengeluaran dan eksport teh, kopi, getah dan kelapa, Sri Lanka berbangga dengan ekonomi berasaskan industri yang pesat dan moden dan pendapatan per kapita yang tertinggi di Asia Selatan. Keindahan semula jadi hutan-hutan tropika, pantai dan lanskap Sri Lanka, dan juga warisan kebudayaannya yang kaya, menjadikannya sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia yang terkenal.

Setelah diperintah oleh beberapa pemerintahan beraja tempatan lebih daripada 2000 tahun, beberapa bahagian Sri Lanka diduduki oleh Portugal dan Belanda pada permulaan kurun ke-16, sebelum penguasaan keseluruhan negara tersebut beralih ke tangan Empayar British pada tahun 1815. Semasa Perang Dunia Ke-2, Sri Lanka bertindak sebagai pengkalan utama bagi Tentera Berikat untuk menentang Empayar Jepun. Sebuah gerakan nasionalis bersifat politik muncul di negara tersebut pada awal kurun ke-20 dengan matlamat memperolehi kemerdekaan politik yang akhirnya diberikan oleh Empayar British selepas rundingan damai pada tahun 1948.

Menurut babad sejarah Mahavamsa, Sri Lanka pertama kali dikenal pasti dengan suatu pulau didudki Putera Vijaya yang menamakan ia Tamrapani yakni "warna (varni) [merah] tembaga (tamra)" kerana kemerahan tanah yang dipijak sehingga mewarnakan tangan-tangan rakyat jelata yang menyembahnya; nama ini kemudiannya dipalikan menjadi Tambapanni.[9][10]

Pulau ini turut dikaitkan dengan kerajaan pulau Raja Ravana yang diceritakan dalam Ramayana dan Mahabharata, pulau tersebut diberi nama setempat ලංකාපුර laṁkāpura (Tamil: இலங்கை நாடு, rumi: Ilinkai Nadu) yang terserap dalam nama lama pulau ini dalam bahasa Melayu, Langkapura (Jawi: لڠكاڤورا).[11]

Ceilão ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang kemudiannya diinggeriskan sebagai "Ceylon" apabila ia dijajah empayar tersebut pada tahun 1796, nama jajahan ini turut dimelayukan menjadi Sailan (Jawi: سايلن‎).[12]

Gelaran "Sri" diperkenalkan Parti Kebebasan Sri Lanka yang mengetuai suatu pemerintah menggubal perlembagaan yang mengisytiharkan negara ini sebagai suatu republik pada tahun 1972,[13] nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka (Free, Sovereign and Independent Republic of Sri Lanka). Pada tahun 1978, nama rasmi ini ditukar kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka (Democratic Socialist Republic of Sri Lanka) yang juga termaktub dalam dokumen-dokumen rasmi.[14][15]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Sri Lanka adalah negara ke-53 terdapat di dunia, dengan kadar tumbesaran populasi tahunan sebanyak 0.79%. Sri Lanka mempunyai kadar kelahiran sebanyak 15.63 kelahiran bagi setiap 1000 orang dan kadar kematian sebanyak 6.49 kematian bagi setiap 1000 orang. Kepadatan penduduk terbesar adalah di barat Sri Lanka, terutamanya dalam dan sekitar Colombo. Terdapat sejumlah kecil penduduk di pulau Wanniyala - orang Aetto, juga dikenali sebagai orang Veddah. Mereka ini dipercayai adalah kumpulan etnik asli dan tertua yang mendiami pulau tersebut. Orang Sinhala membentuk kumpulan etnik terbesar, dengan anggaran sebanyak 81.9% daripada penduduk keseluruhan. Orang Tamil yang tertumpu di wilayah-wilayah utara, timur, tengah dan barat. Orang Tamil yang dibawa dari India oleh penjajah British sebagai buruh kontrak untuk bekerja di ladang-ladang estet, hampir 50% daripada mereka adalah yang dihantar balik ke negara asal berikutan kemerdekaan Sri Lanka pada tahun 1948, dipanggil orang Tamil "berasal-usulkan India". Mereka berbeza daripada penduduk berketurunan Tamil asal yang telah menetap di Sri Lanka sejak zaman silam. Menurut data bancian 2001 orang Tamil India membentuk 5.1% daripada penduduk Sri Lanka dan orang Tamil Sri Lanka 4.3%. Walaupun angka ini hanya menghitung orang Tamil Sri Lanka di kawasan-kawasan yang dikuasai kerajaan, tanpa menghitung mereka yang berada di wilayah-wilayah yang dikuasai golongan pemberontak. Terdapat populasi orang Moor yang ketara (8.0%) yang berketurunan pedagang-pedagang Arab dan pendatang-pendatang dari Timur Tengah. Kewujudan mereka tertumpu di bandar-bandar dan wilayah-wilayah tengah dan timur. Terdapat juga kumpulan-kumpulan etnik kecil seperti orang Burgher (keturunan kacukan Eropah) dan Melayu dari Asia Tenggara.

Bahasa Sinhala dan Tamil adalah dua bahasa rasmi Sri Lanka. Bahasa Inggeris ditutur oleh lebih kurang 10% penduduk, dan digunakan secara meluas untuk tujuan pendidikan, saintifik dan komersial. Anggota-anggota masyarakat Burgher bertutur dalam pelbagai ragam bahasa Kreol Portugis dan Belanda dengan tahap kefasihan yang berbeza-beza, manakala anggota-anggota masyarakat Melayu bertutur dalam satu bentuk bahasa Kreol Melayu yang unik di pulau tersebut. Sri Lanka juga menikmati kepelbagaian agama. Dianggarkan sebanyak 69% daripada penduduknya adalah penganut agama Buddha. Agama Buddha aliran Theravada adalah mazhab utama, dengan pecahan mazhab yang berbeza-beza seperti Ramanna Nikaya, Amarapura Nikaya dan Siam Nikaya diikuti secara meluas. Agama Buddha di Sri Lanka amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan tradisi asli, dan juga oleh pengaruh mazhab-mazhab Buddha yang sedia ada di Asia Tenggara. Sri Dalada Maligawa atau "Kuil Gigi" yang kuno dan terkenal itu adalah kuil Buddha induk di Sri Lanka, dan dengan tradisi penyimpanan Gigi Buddha. Ia diziarahi berjuta-juta pelawat setiap tahun. Agama Hindu diamalkan oleh 7.9% penduduk, kebanyakannya adalah masyarakat Tamil. Agama Kristian diamalkan oleh 7% penduduk, terutamanya orang Burgher walaupun kebanyakan penganut Kristian adalah orang Sinhala atau Tamil. Kebanyakan penganut Kristian Sri Lanka adalah bermazhab Katolik, terdapat bilangan ketara yang menganuti mazhab Gereja Reformasi Belanda dan Kommunion Anglikan. Agama Islam diamalkan oleh 8.5% penduduk dan hampir keseluruhan penganutnya adalah orang Moor dan Melayu.

Lihat juga: Islam di Sri Lanka
  1. ^ "Sri Jayewardenepura Kotte". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  2. ^ "Colombo". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  3. ^ "South Asia: Sri Lanka". CIA.
  4. ^ "Mid-year population projection" (PDF). Dicapai pada 30 October 2018.
  5. ^ "Census of Population and Housing 2011 Enumeration Stage February–March 2012" (PDF). Department of Census and Statistics – Sri Lanka. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Disember 2013. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  6. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2020". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  7. ^ "Gini Index". World Bank.
  8. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  9. ^ Nanda Pethiyagoda Wanasundera (2002). Sri Lanka. Marshall Cavendish. m/s. 26. ISBN 978-0-7614-1477-3.
  10. ^ John M. Senaveratna (1997). The story of the Sinhalese from the most ancient times up to the end of "the Mahavansa" or Great dynasty. Asian Educational Services. m/s. 11. ISBN 978-81-206-1271-6.
  11. ^ "Langkapura". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  12. ^ "Sailan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  13. ^ "Sirimavo Bandaranaike". Britannica.
  14. ^ "The Constitution of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka" (PDF). University of Minnesota Human Rights Library. 7 September 1978. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  15. ^ "Chapter I – The People, The State And Sovereignty". The Constitution of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2014. Dicapai pada 15 Julai 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]