Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Maremma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Maremma
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 16–23 kg (35–51 lb)
Betina 13–20 kg (29–44 lb)
Tinggi Jantan 48–54 cm (19–21 in)
Betina 46–52 cm (18–20 in)
Bulu licin atau kasar
Warna
  • perang kekuning-kuningan, antara sawo matang pudar dengan gelap
  • hitam dan sawo matang
  • brindle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Maremma[a] ialah satu baka anjing pemburu bau Itali dari dataran pesisir Maremma, di Toscana. Ia terutamanya digunakan untuk pemburuan babi hutan, namun mungkin juga digunakan untuk memburu kelinci dan mamalia lain.[1] Ia mungkin sama ada berbulu licin atau berbulu kasar.[2]

Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 2009.[3] Lebih daripada 6,600 ekor anjing didaftarkan pada tahun ini, angka pendaftaran tertinggi untuk mana-mana baka Itali.[4] Pada tahun 2018, terdapat 5679 pendaftaran baharu, 90% daripadanya merupakan anjing berbulu licin.[2]

Ia diterima buat sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2018.[5]

Pada tahun 2015, satu analisis data mikrosatelit tidak menemukan jarak genetik ketara antara anjing pemburu Appennino dengan anjing pemburu Maremma.[6]

Anjing jantan berdiri setinggi 48–54 cm (19–21 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 16–23 kg (35–51 lb); anjing betina pula 2 cm (0.79 in) lebih rendah dan 3 kg (6.6 lb) lebih ringan. Lapis bulunya sama ada licin atau kasar; dari segi warna ia mungkin perang kekuning-kuningan, antara sawo matang pudar dengan sawo matang gelap; hitam dan sawo matang; atau brindle.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ماريما; Itali: segugio maremmano
  1. ^ a b Standard del Segugio Maremmano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  2. ^ a b Segugio Maremmano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  3. ^ Fabrizio Crivellari (31 Mac 2009). Segugio maremmano: passaggio dal Libro aperto (RSA) al RSR (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  4. ^ Un anno, 220 razze e 123.000 cani (dalam bahasa Itali). I Nostri Cani. Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 16 Julai 2011.
  5. ^ "FCI-Standard N° 361 SEGUGIO MAREMMANO" [Piawaian FCI No. 361 Anjing Pemburu Maremma] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Marelli, Stefano Paolo; Asnaghi, Ferdinando. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  6. ^ La Manna, Vincenzo; Lasagna, Emiliano; Ceccobelli, Simone; Di Lorenzo, Piera; De Cosmo, Attilio M.; Attard, George; Sarti, Francesca Maria; Panella, Francesco; Renieri, Carlo (2015). "Genetic Differentiation Between Segugio Dell'Appeinnino and Segugio Maremmano Dog Breeds Assessed by Microsatellite Markers" [Pembezaan Genetik antara Baka Anjing Pemburu Appennino dengan Anjing Pemburu Maremma yang Ditaksir Mengikut Penanda Mikrosatelit]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 14 (3): 3809. doi:10.4081/ijas.2015.3809. ISSN 1828-051X. S2CID 55337377.