Pergi ke kandungan

Aidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aidi
Imej aidi
Aidi triwarna
Nama lainAnjing gunung Atlas
Anjing gembala Atlas
Anjing Kabyle
Anjing Barbar
Negara asalAfrika Utara
Trait
Berat 55 lb (25 kg)
Tinggi 52–62 cm (20–24 in)
Bulu Tebal, sederhana panjang
Warna Hitam, perang, brindle, krim atau sabel krim, merah atau sabel merah, kesemua dengan topeng hitam atau tanpa topeng hitam atau sebarang jumlah putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Aidi[a] atau anjing gunung Atlas[b] ialah satu baka anjing Barbar yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara dan digunakan sebagai anjing penjaga haiwan ternakan yang melindungin kawanan biri-biri dan kambing.[1] Ia paling lazim terdapat di Maghribi, yang memegang piawaian di bawah Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[2][3][4] Aidi juga terdapat di Algeria, di Tunisia, dan di Libya.[5][6] Ia mempunyai kemampuan perburuan dan kebolehan penghiduan bagus. Di Maghribi, ia kerap dipasang dalam perburuan dengan sloughi, yang mengejar mangsa yang lokasinya telah dikesan oleh aidi itu melalui bau.[7]

Aidi betina dalam pertunjukan anjing

Aidi ialah baka yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara.[8] Walaupun pada mulanya dirujuk sebagai Atlas Sheepdog ("anjing gembala Atlas") dalam piawaian tahun 1963, aidi tidak pernah digunakan sebagai anjing gembala biri-biri dan misnomer ini dibetulkan pada tahun 1969. Terkenal kerana keberaniannya, aidi secara tradisional tinggal dan bekerja di Pergunungan Atlas untuk menyediakan perlindungan kepada pemiliknya dan harta benda daripada kucing liar, pemangsa, dan orang asing.[9]

Baka ini juga telah dirujuk sebagai anjing Barbar, dinamai sempena suku Barbar yang menggunakan anjing ini. Aidi mengongsi sesetengah keserupaan leluhur dengan anjing paria. Pada masa lalu, ia memainkan peranan penting sebagai pelindung untuk suku nomad gurun dengan anjing paling berwaspada dan agresif yang ditempatkan di sekitar perimeter kem pada waktu malam. Dari segi sejarah, aidi tidak menerima tahap kekaguman sama daripada suku-suku tersebut seperti baka seperti sloughi yang dianggap mulia. Walau bagaimanapun, sebuah kelab baru-baru ini telah dibentuk di Maghribi untuk memulihara ketulenan baka ini kerana sumbangan besarnya sebagai pelindung, pemburu, anjing polis, dan pendamping.[10]

Kepala aidi
Kepala aidi

Walaupun aidi telah digunakan terutamanya sebagai anjing pekerja, ia juga telah mendapat kepopularan sebagai anjing peliharaan rumah di kawasan bandar. Apabila diberi tugasan dan senaman mencukupi, aidi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran bandar dan menjadi teman puas hati.[11]

Dari segi warna dan kemampuan penjagaan kawanan ternakan, aidi mengongsi banyak ciri dengan baka anjing penjaga haiwan ternakan lain.[perlu rujukan]

Appearance

[sunting | sunting sumber]

Aidi, yang berdiri setinggi 52–62 cm (20–24 in) dan berukuran seberat sekitar 55 paun (25 kg), mempunyai tubuh langsing dan berotot yang dilindungi oleh lapis bulu kasar, tebal, dan kalis cuaca dengan ekor berbulu lebat. Lapis bulunya berat dan lembut. Kepalanya mirip beruang dan berperkadaran dengan seluruh tubuh. Baka ini mempunyai muncung menirus dengan hidung hitam atau perang yang biasanya memadani lapis bulu. Rahangnya kuat dengan bibir ketat hitam atau perang. Telinga bersaiz sederhananya condong ke hadapan dan labuh sedikit. Matanya sederhana dengan warna gelap dan pinggir gelap. Warna lapis bulunya merupakan putih, hitam, hitam dan putih, merah pudar, dan kuning keperang-perangan.[12][9] Di sesetengah kawasan di Maghribi, telinga dan ekor dipotong.[3][13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: اءيدي; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵢⴷⵉ, rumi: aydi, lit.'anjing'; Perancis: aïdi
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢونوڠ اتلس; Perancis: chien de montagne de l'Atlas; bahasa Inggeris: Atlas mountain dog
  1. ^ "Aidi Breed Information: History, Health, Pictures, and more" [Maklumat Baka Aidi: Sejarah, Kesihatan, Gambar, dan lebih lagi]. easypetmd.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ "Aïdi, le chien de l'Atlas: une race 100% nationale méconnue des Marocains" [Aidi, anjing Atlas, baka kebangsaan 100% yang kurang diketahui dari Maghribi]. Le360.ma (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ a b "FCI breeds nomenclature: AÏDI (CHIEN DE MONTAGNE DE L'ATLAS) (247)" [Tatanama baka FCI: AIDI (ANJING GUNUNG ATLAS) (247)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  4. ^ "Breed Standards : Atlas Mountain Dog" [Piawaian Baka: Anjing Gunung Atlas]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ "Aïdi : caractère & éducation, santé & entretien, prix..." [Aidi: perwatakan dan pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan, harga...]. Chien.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. ^ Espérandieu, G.; Coppé, G.; E. B.; Chaker, S. (1 Februari 1994). "Chien" [Anjing]. Encyclopédie berbère (dalam bahasa Perancis). Centre pour l'Édition Électronique Ouverte. 13: 1919–1924. doi:10.4000/encyclopedieberbere.2236. ISSN 2262-7197.
  7. ^ Fogle, Bruce (1 September 2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
  8. ^ "Breed Standards : Atlas Mountain Dog | United Kennel Club (UKC)" [Piawaian Baka: Anjing Gunung Atlas | United Kennel Club (UKC)]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2024.
  9. ^ a b Grandjean, Dominique (2001). The Royal Canin Dog Encyclopedia [Ensiklopedia Anjing Royal Canin] (dalam bahasa Inggeris). Paris, Perancis: Aniwa Publishing. ISBN 9782747600101. OCLC 52822591.
  10. ^ Hall, Sian (2002). Dogs of Africa [Anjing di Afrika] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577790396. OCLC 49859996.
  11. ^ De Prisco, Andrew; Johnson, James Burris (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds [Atlas Mini Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866220910. OCLC 21949720.
  12. ^ American Rare Breed Association Aidi Standard https://web.archive.org/web/20080310042147/http://www.arba.org/AidiBS.htm
  13. ^ Alderton, David (Jun 2002). Dogs: Smithsonian Handbooks [Anjing: Buku Panduan Smithsonian] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 30. ISBN 9780789489814. OCLC 1299339537.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Hancock, David (31 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978097. OCLC 900020382.
  • Kojima, Toyoharu (4 Ogos 2005). Legacy of the Dog: The Ultimate Illustrated Guide [Legasi Anjing: Panduan Berilustrasi Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Tetsu Yamazaki. (ed. ke-2 semakan dan kemas kini). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. ISBN 9780811851138. OCLC 1348267081.