Aris Ariwatan
Aris Ariwatan | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Haris Fadzillah bin Daud |
Juga dikenali sebagai | Aris Ariwatan |
Kelahiran | Ipoh, Perak, Malaysia | 5 Oktober 1964
Genre | Rock, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1989–kini |
Syarikat rakaman | 1989 - EMI (1989-98) Clixster Music Sdn Bhd. (2015-kini) |
Pengkarya berkait | Ariwatan |
Haris Fadzillah Daud atau lebih dikenali sebagai Aris Ariwatan (lahir 5 Oktober 1964) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang terkenal pada dekad 90an dari keturunan Jerman, Irish, Inggeris, India, Cina dan Melayu. Beliau merupakan salah seorang artis yang berjaya mencatat jualan album yang memberangsangkan pada era tersebut dengan deretan lagu-lagu hits dari empat buah album solonya.[1][2]
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada Ipoh, Perak. Aris merupakan kepada bapanya yang berasal dari Perak berdarah campuran Melayu, India dan Cina dan ibunya yang berasal dari Jerman berdarah campuran Jerman, Irish dan Inggeris. Aris merupakan anak kelima daripada sebelas beradik yang terdiri daripada tiga kakak perempuan dan satu abang keempat serta tiga adik lelaki dan tiga adik perempuan.
5 Oktober 1964 diKerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Pembabitan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya muziknya bersama Kumpulan Ariwatan pada tahun 1989 menerusi album Ariwatan, namun kumpulan itu tidak lama bertahan di industri muzik.[3] Selepas Ariwatan berpecah, Aris meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan menggelarkan dirinya sebagai "Aris Ariwatan". Kemudian beliau menggugurkan "Ariwatan" dan hanya mahu dikenali sebagai "Aris". Namun hingga kini namanya didaftarkan sebagai "Aris Ariwatan" dalam lipatan sejarah industri muzik.[4]
Kerjaya solo
[sunting | sunting sumber]Dari tahun 1991 hingga 1997, Aris telah menempa namanya sebagai salah seorang penyanyi lelaki popular di Malaysia menerusi lagu-lagu seperti Lamunan Terhenti, 1 2 3 4, Cinta Tak Kenal Siapa dan Permaidani. Beliau juga sering bekerjasama dengan artis-artis terkenal seperti M. Nasir, Hattan, Yantzen dan Rahim Maarof. Walaupun tidak kerap mengeluarkan album, Aris masih aktif mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.
Pada tahun 2013 Aris bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani Slam, Saleem Iklim, Ali XPDC/Terra Rossa dan Rahmad Mega menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.
Kemunculan semula 2015
[sunting | sunting sumber]Aris muncul dengan album mini berjudul Kerna Cinta. Album ini turut dipasarkan secara dalam talian (on-line) selaras dengan perkembangan teknologi terkini.[5]
Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah:
- "Kerna Cinta"
- "Permata"
- "Buah Tangan Buat Buah Hatiku"
- "Merdeka"
- "Jangan Menangis Habibah"
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1991 dan dikurniakan enam orang cahayamata yang sudah meningkat remaja. Namun wajah keluarganya sangat jarang dipaparkan dalam mana-mana media kerana beliau tidak gemar mencampur-adukkan kerjaya sebagai penyanyi dengan kehidupan peribadinya. Aris juga merupakan seorang penyanyi yang 'low profile' dan bersih dari gosip-gosip liar.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Ariwatan (1989) - bersama kumpulan Ariwatan
- Aris Ariwatan (1991)
- Balada Orang Berdosa (1992)
- Aris (1994)
- Kaya (1996)
- Maafkan Pencinta (2011) - single
- Kerna Cinta (2015) - mini album
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Silatulrahim (1999)
- The Best of Aris Ariwatan (2000)
- MEMORI HIT - Aris Ariwatan (2003)
- Semangat Zaman (2005) - bersama Yantzen, Rahim Maarof, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1989 | "Pertama dan Selamanya" | 8 | — | 3 | Ariwatan |
"Nyanyian Rebah" | 6 | — | — | ||
"Rockamania" | 5 | — | — | ||
1991 | "Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya" | 1 | — | 3 | Aris Ariwatan |
"Korban Cinta" | 8 | — | 7 | ||
1992 | "Balada Orang Berdosa" | — | — | 3 | Balada Orang Berdosa |
1993 | "Kau Yang Esa" | 4 | — | — | |
"Permaidani" | 1 | 12 | 2 | ||
1994 | "Lamunan Terhenti " | 1 | 1 | 1 | Aris |
1995 | "Matador" | 16 | — | — | |
"1,2,3,4" | 1 | — | — | ||
"Ngajat vs Tango" | — | — | — | ||
"Hanyut Ke Syurga" | — | — | — | ||
1996 | "Cinta Tak Kenal Siapa " | 1 | 3 | 1 | Kaya |
1997 | "Kaya" | 10 | — | — | |
"Anak Malaysia" | 5 | — | — | ||
"Lafaz Kasmaran" | 19 | — | — | ||
"Kata-kata Berharga" | 14 | — | — | ||
2006 | "Semangat Zaman " menampilkan Nash Elias, Rahim Maarof, Yantzen Juniwan, Joey dan Mus |
7 | — | — | Semangat Zaman |
"Permata Juwita" | — | — | — | ||
2013 | "Tisyu" bersama Pak Pandir dan Sammi |
14 | — | — | Single FMC |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Platinum 1995 - Album: Aris
- Anugerah Platinum 1997 - Album: Kaya
- Anugerah Emas Platinum 2005 - Album: Semangat Zaman
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan |
1994
|
Album Rock Terbaik | Album Aris | Aris | Tercalon |
1996
|
Album Pop Etnik Terbaik | Album Kaya | Kaya | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
1995(AJL 9) | Lamunan Terhenti | Aris | Saari Amri | Saari Amri | Balada | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
1991 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | |
1996 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ramlah Zainal (9 September 2017). Air mata Aris Ariwatan Harian Metro. Diperoleh pada 16 September 2017.
- ^ Aris Ariwatan Nyanyi Maafkan Pencinta Buat Shamrin Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine Murai.com.my. Dicapai pada 21 Oktober 2015.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 2014-08-13.
- ^ Ramlah Zainal (9 September 2017). Aris masih berdendang Harian Metro. Diperoleh pada 16 September 2017.
- ^ Kerna Cinta, lagu terbaru Aris Ariwatan Galaksi Media (26 Januari 2015). Diperoleh pada 16 September 2015.