Pergi ke kandungan

Astro Ceria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Ceria
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
SloganUntuk Kita Aje!
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro
Saluran kembarAstro Tutor TV
Sejarah
DilancarkanMalaysia 31 Ogos 2006[1] (SD)
Malaysia 22 November 2019 (HD)
MenggantikanAstro TVIQ
DitutupMalaysiaBrunei 12 April 2021 (SD)
Brunei 1 April 2022 (HD)
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 611 (HD)
Malaysia NJOISaluran 611 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand

Astro Ceria merupakan saluran kanak-kanak berbahasa Melayu pertama dalam 24 jam yang dilancarkan oleh perkhidmatan televisyen satelit Astro pada 31 Ogos 2006.

Semua rancangan Astro Ceria diambil daripada pelbagai negara yang mana melibatkan animasi berbahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Indonesia, Jepun dan Korea. Namun, terdapat beberapa rancangan Astro Ceria yang asalnya disiarkan di Sepanyol tetapi terjemahannya masih dikawal. Penonton boleh menonton rancangan Astro Ceria meliputi dua bahasa (bahasa Melayu dan bahasa asal rancangan tersebut). Sarikata tidak selalu disediakan di Astro Ceria.

Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Latar belakang

Pra-pelancaran

Pada tanggal 1 Januari 2005, Astro Ceria sebelum dilancarkan tahun 2006.

Pelancaran di Indonesia

Astro Ceria akan memulakan siaran pertama dan rasminya pada 2 Mei 2006 jam 12.00 pagi. Anda boleh menonton saluran ini menerusi Astro Nusantara di saluran 10. Astro Ceria menyiarkan rancangan kartun atau animasi keluaran rumah produksi luar negara dan menambah kandungan anime untuk kanak-kanak. Selain itu, Astro Ceria mempunyai beberapa program buatan sendiri seperti Adi & Ayah (komedi situasi), Hom Pim Pa (pencarian bakat dan permainan), Cing & Cong (pengisi animasi dalaman), Dare to Be the Boss? (realiti) dan satu lagi Go Go Gasing merupakan program permainan yang lebih menyeronokkan dan menarik terdiri daripada peserta muda berpandukan watak Mat Chaos, perompak yang kelakar dan menghiburkan sebagai perunding dan pengacara terkenal. Tambahan pula, Astro Ceria mempersembahkan pertandingan maraton untuk keluarga yang terdiri daripada ribuan peserta dan watak animasi meet and greet, Run For Fun.

Pada 20 Oktober 2008 jam 12.00 pagi lewat 1 minit, Astro Ceria di Indonesia akan menghentikan siaran kerana saluran ini akan bertukar ke Malaysia.

Pelancaran di Malaysia

Astro Ceria di Malaysia akan memulakan siaran pertama dan rasminya pada 31 Ogos 2006 jam 00.00 (Waktu Standard Malaysia). Astro Ceria menyiarkan rancangan kartun dan animasi dari rumah produksi luar negara untuk kanak-kanak. Selain itu, Astro Ceria mempunyai program tersendiri seperti Afi & Abah, Hom Pim Pa, Dare to Be a Boss? dan Gerak Geri Gasing yang merupakan program permainan yang lebih menyeronokkan dan menarik terdiri daripada peserta kanak-kanak yang dimeriahkan oleh watak Mat Chaou, perompak yang kelakar dan menghiburkan sebagai perunding mereka kepada penonton, juga Abang Zoey sebagai pengacara terkenal dan En. Chaos sebagai memainkan DJ, malah kemudiannya ditambah Pengisi siri animasi dalaman pertama, Mat Chaos.

Pada tahun 2008, Astro Ceria dapat menonton melalui telefon bimbit menerusi Astro Mobile TV iaitu Astro Ceria Mobile.

Perubahan nombor

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Ceria:

  • Pada tanggal 2 Mei 2006 di Indonesia, Astro Ceria dapat boleh disaksikan melalui Astro Nusantara di saluran 10.
  • Pada tanggal 31 Ogos 2006[1] di Malaysia, Astro Ceria dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 64 kerana dalam bertetapan menyambut Hari Kebangsaan ke-49.
  • Pada 23 Disember 2006, Astro Ceria telah dinomborkan semula dari saluran 64 ke saluran 24.
  • Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Ceria akan diubah nombor memperkenalkan tiga digit iaitu 611.
  • Pada tanggal 22 November 2019 jam 6.00 pagi, Astro Ceria akan menambahakan siaran format HD di saluran nomor 631 bergabung dengan Astro Xiao Tai Yang akan menambahkan siaran format HD di saluran 304 dan satu lagi rancangan pendidikan, muzik dan bermain hasil kerjasama oleh Pinkfong dalam judul Hello Pinkfong!
  • Pada tanggal 1 April 2020, Astro Ceria akan diubah nombor menjadi 611 untuk siaran format HD dan saluran 631 untuk siaran format SD.
  • Satu tahun kemudian, pada tanggal 21 April 2020, Astro Ceria siaran format SD akan memamatkan siaran kerana dalam bertetapan hari bulan suci Ramadan dan Aidilfitri.
  • Pada tanggal 1 April 2022 di Brunei Darussalam, Astro Ceria akan memamatkan siaran di Kristal-Astro.

Logo Astro Ceria yang terdiri dari dua warna iaitu merah dan hijau di persegi panjang di tengahnya garis segi tepat. Logo ini adaptasi dari saluran televisyen di India, Hungama.

Galeri

Cogan kata

  • Lebih Asik Cuma Buat Kita2 (2006-2008, Indonesia)
  • Untuk Kita Aje! (2006-kini, Malaysia)

Ranking

Astro Ceria menjadi saluran kanak-kanak no.1 di Malaysia meskipun hanya setahun pelancaran salurannya.

Senarai Rancangan

W.I.P

Rancangan Akan Datang

Bekas Rancangan

W.I.P

Lain-lain

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Astro Ceria memeriahkan ulangtahun ke-10 dengan sajian istimewa cuti sekolah". Utusan Borneo. 2016-11-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Diperkenalkan pada tahun 2006, Astro Ceria merupakan saluran televisyen pertama di Malaysia yang menyediakan rancangan khas untuk kanak-kanak

Pautan luar