Baru cina
Baru cina | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Asterales |
Keluarga: | Asteraceae |
Subkeluarga: | Asteroideae |
Genus: | Artemisia |
Spesies: | A. vulgaris
|
Nama binomial | |
Artemisia vulgaris L. 1753 not C.B. Clarke 1882 nor Mattf. 1926
| |
Sinonim[1] | |
Sinoniman
|
Baru cina (Jawi: بارو چينا ), daun manis, daun sundamala, daun hian atau hia (Artemisia vulgaris)[2][3] ialah sejenis tumbuhan herba yang dimakan sebagai ulam. Ia banyak tumbuh di kawasan yang bertanah lembab, kaya dengan humus dan bahan organik sama ada menjadi tanaman atau tumbuh liar di kampung-kampung. Cara makannya ialah dengan mengambil pucuk muda dan dicelur untuk dibuat makan bersama dengan pencecah seperti budu, cencaluk, sambal belacan dan lain-lain. Rasanya lemak-lemak pahit dan pedas.
Ciri botani
[sunting | sunting sumber]Renek saiz sederhana tumbuh setinggi 45-60 cm. Batang separa berkayu, banyak cabang, batang muda berwarna hijau dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, sederhana besarm tepi daun lekuk-lekuk dalam sehingga kelihatan seperti daun majmuk, tangkai daun pendek, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar hijau tua setelah tua. Bunga majmuk, kecil, warna kuning muda, jambak bunga keluar dari hujung daun. Buah kecil, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke warna perang setelah masak. Di dalam buah terdapat biji-biji beih kecil.
Khasiat
[sunting | sunting sumber]Mengandungi air, karbohidrat, mineral, serat, vitamin, ceneole, adenine, choline, vitamin, tanin, 1-quebrachitol, fernenol, beta-caryophyllene, minyak pahit artemesin dan minyak terbang.
Ia boleh merawat sengugut, melancarkan perjalanan darah, penyakit keputihan, muntah darah, migrain dan mulut berbau. Ia juga boleh dimakan bagi menghilangka rasa sejuk dan untuk awet muda. Ibu-ibu mengandung suka makan bagi mencegah keguguran kandungan dan memudahkan proses melahirkan anak.[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The Plant List, Artemisia vulgaris L.
- ^ Rujukan:
- Wilkinson, Richard James (1932). "baru". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 87 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- Wilkinson, Richard James (1932). "hian". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 405 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "hia". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura