Pergi ke kandungan

Final Destination

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Final Destination
Poster filem Final Destination
PengarahJames Wong
PenulisJeffrey Reddick
Glen Morgan
James Wong
Dihasilkan olehGlen Morgan
Craig Perry
Warren Zide
DibintangiDevon Sawa
Ali Larter
Kerr Smith
Seann William Scott
Muzik olehShirley Walker
Diedarkan olehNew Line Cinema
Tarikh tayangan
17 Mac 2000
Masa tayangan
98 minit
BahasaInggeris
BajetAS$ 23 juta

Final Destination adalah sebuah filem ngeri tahun 2000 tentang sekumpulan pelajar yang 'menipu kematian' setelah terlepas dari kemalangan pesawat apabila sebelumnya salah seorang daripada mereka melihat prarasa kematian mereka, tetapi tidak lama setelah itu, mereka mula mati satu demi satu dalam kemalangan misteri yang mengerikan.[1] Skrip film ini awalnya ditulis oleh Jeffrey Reddick sebagai nota spekulasi untuk X-Files. (Pengarah James Wong bekerja sebagai penulis, pengarah dan penerbit siri itu). Cerita ini memiliki beberapa persamaan dengan episod The Twilight Zone berjudul "Twenty-Two". Filem diterbitkan oleh New Line Cinema. DVDnya dilancarkan pada 26 September 2000.[2]

Filem ini merupakan filem pertama dalam siri Final Destination, dan disambung oleh Final Destination 2 (2003) dan Final Destination 3 (2006). Final Destination juga diterbitkan dalam bentuk novel Final Destination. Dan baru-baru ini juga, Zenescope Entertainment mula menerbitkan siri komik Final Destination dalam siri yang lebih mini berjudul Final Destination:Death Never Takes a Vacation, tentang perjalanan ke Cancún.

Filem "Final Destination" bertempat di Long Island.[3] Tempat-tempat yang digunakan seperti Pantai Jones dan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. County Nassau juga disebut dalam filem tersebut. Lapangan Terbang Antarabangsa Fancouver digunakan sebagai pengganti Lapangan Terbang Antarabangsa JFK.[4]

Tidak lama selepas menaiki kapal terbang yang akan terbang dalam rombongan kelas ke Paris, Alex Browning (dilakonkan oleh Devon Sawa), mendapat bayangan bahawa pesawat yang dinaikinya itu, Boeing 747 Volee Air, Penerbangan 180 akan meletup tidak lama setelah lepas berlepas. Alex bersungguh untuk keluar dari pesawat itu dan secara tidak langsung membuat kekecohan di dalam kabin pesawat. Akhirnya dia dikeluarkan dari pesawat dengan salah seorang gurunya, dan beberapa pelajar lain yang juga membatalkan rombongan mereka kerana diperintahkan untuk menjaganya. Hanya beberapa saat selepas pesawat berlepas, mereka menyaksikan pesawat yang sebelumnya mereka tumpangi itu meletup, mengorbankan seluruh penumpang yang berada di dalam pesawat termasuk rakan sekelas mereka, George (kembar Tod) dan kekasih Alex dan Tod, Blake Dreyer (Christine Chatelain) dan Christa Marsh (Lisa Marie Caruk). Walaupun mereka selamat daripada kematian, namun kehidupan mereka hanya sementara, rangkaian kemalangan misteri yang mengerikan mula menghantui dan mengejar mereka.[5]

Pelakon dan Watak

[sunting | sunting sumber]
Clear Rivers (Ali Larter), watak utama wanita dalam filem Final Destination
  • Alexander Chance Browning (Devon Sawa): Alex, watak utama, yang mendapat prarasa tentang Penerbangan 180 yang akan meletup. Dia yang membuat kekecohan di dalam pesawat sebelum bertolak, dia dan enam yang lainnya membatalkan penerbangan tersebut dan menyaksikan bencana tersebut. Dia menjadi turutan terakhir orang yang mati berdasarkan pesawat tersebut.
  • Clear Rivers (Ali Larter): Clear berasa tidak sedap hati dengan Alex tentang prarasa itu. Dia tidak dikeluarkan dari pesawat seperti pelajar lain, dia keluar dengan mengikut kemahuannya sendiri. Pada awalnya, dia tidak percayakan teori tentang rancangan kematian, tetapi pada akhirnya dia turut membantu Alex. Dia adalah orang keenam yang mati berdasarkan urutan kematian pada pesawat tersebut (walaupun tanpa disangka dia menjadi yang terakhir mati dari rangkaian filem iaitu dalam filem kedua).
  • William "Billy" Hitchcock (Seann William Scott): Dalam Penerbangan 180, Billy cukup bertuah kerana tertangkap di tengah-tengah pergaduhan Alex dan Carter, dan dikeluarkan bersama mereka. Dia menjadi watak yang menghiburkan dalam kumpulan tersebut. Dia adalah orang kelima yang mati berdasarkan turutan dalam pesawat tersebut.
  • Carter Horton (Kerr Smith): Carter adalah seorang atlet yang sangat membenci Alex. Dia dikeluarkan dari pesawat tersebut kerana pertelingkahannya dengan Alex setelah Alex membuat kekecohan. (Kita dapat tahu juga bahawa Alex dan Carter tidak berbaik langsung sebelum penerbangan.) Dia kemudian menuduh Alex yang menjadi penyebab kecelakaan itu. Dia adalah orang yang keempat yang mati berdasarkan turutan dalam pesawat tersebut.
  • Valerie Lewton (Kristen Cloke): M. Lewton adalah salah seorang guru pengiring dalam rombongan ke Paris itu. Ketika Alex dan Carter bergaduh di pesawat tersebut, dia dan guru lain mendapat arahan untuk meleraikan kedua pelajar tersebut. Mengetahui bahawa Alex, Carter, dan Billy dikeluarkan dari pesawat, M. Lewton memberitahu guru lain untuk kembali ke pesawat sedangkan dia akan tinggal dan menunggu penerbangan berikutnya. Ketika Penerbangan 180 meletup, dia menjadi sangat tertekan dan bercadang untuk berpindah, kerana menyebabkan kematian kepada guru lain. Dia adalah orang ketiga yang mati.
  • Terry Chaney (Amanda Detmer): Terry adalah kekasih Carter. Setelah berusaha menghentikan pergaduhan antara Alex dan Carter, dia mengikut Carter keluar dari pesawat itu. Bosan dengan Carter yang selalu mencari pasal dengan Alex, dia hampir putus dengan Carter. Dia adalah orang kedua yang mati dalam turutan pesawat tersebut.
  • Tod Waggner (Chad E. Donella): Kawan baik Alex. Ketika Alex dikeluarkan dari pesawat, abang Tod, George, memberitahu dia untuk menemani Alex. George mati di dalam pesawat itu, dan ayah Tod menyalahkan Alex kerana kemalangan itu. Disebabkan itu, persahabatan Tod dengan Alex menjadi regang. Dia adalah orang pertama yang mati pada turutan pesawat itu.
  • Agen Wiene (Daniel Roebuck): Dia menyiasat kes Penerbangan 180, selalu mengekori Alex dan mengesyaki dia menjadi dalang dalam semua tragedi.
  • Agen Schreck (Roger Guenveur Smith): Rakan sepenyiasatan Agen Wiene.

Rangkaian Asal

[sunting | sunting sumber]

Rangkaian kematian Penerbangan 180 yang meletup, mengorbankan semua penumpang yang berada di dalam pesawat. Walau bagaimanapun, prarasa Alex dan kekecohan yang dilakukannya menyebabkan dia dan beberapa orang yang lain dikeluarkan dari pesawat, yang akhirnya menyelamatkan mereka. Dalam rangkaian kematian itu, mereka akan meninggal dalam turutan yang tertentu: Tod, Terry, M. Lewton, Carter, Billy, Clear, Alex (walaupun dia kemudian menentukan bahawa disebabkan dia menukar tempat duduk dan duduk di sebelah Tod, menyebabkan kedudukan dia dan Clear tertukar). Alex menentukan hal ini berdasarkan laporan gambar kronologi tentang kerosakan teknikal yang menyebabkan letupan pesawat. Bagaimanapun, Clear tidak mati selepas Alex kerana Alex mencegah kematiannya, maka itu telah mengubah urutan kematian.

Kematian Misteri

[sunting | sunting sumber]
Alex memetakan turutan kebakaran dalam pesawat.

Turutan mereka akan mati sebenarnya berbeza kerana terdapat beberapa perkara yang diselamatkan lalu berubah menjadi turutan yang terakhir. Dalam banyak kejadian, pantulan kegelapan dapat dilihat, yang pada umumnya menandakan bahawa Kematian itu dekat.

Tod Waggner: Mati karena terjerut.

Tod menuju ke bilik mandi, dan tiba-tiba pintu tertutup dengan sendirinya, seolah-oleh Kematian ingin mengurangkan gangguan. Air bocor dari tandas dan ketika Tod menjangkau pakaian pada dawai jemuran, dia tergelecek air itu dan jatuh mengenai dawai yang menyebabkan dawai itu terputus di satu hujung dan menjerat lehernya dengan pantas dan dia terjatuh ke dalam tab mandi, dengan tanpa sengaja menumpahkan botol dan shampu di sekitar tab. Dawai menjerut lehernya dengan ketat, pembuluh darah pada matanya pecah dan dia tidak dapat berdiri kerana tergelincir akibat botol dan shampu di tab itu. Disebabkan dia tidak dapat berdiri, dia melihat sebuah gunting dan berusaha menjangkaunya untuk memotong dawai itu. Dia gagal melakukannya akibat kehabisan oksigen yang menyebabkan dia terkorban. Air kemudian kembali ke tandas seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa. Ayahnya percaya bahawa dia membunuh diri dan menyalahkan Alex kerana telah membuatkan Tod berasa bersalah. Kejadian itu adalah yang pertama dan hanya menunggu waktu bahawa "Kematian" adalah suatu kekuatan yang kejam.

Prarasa

  • Alex melemparkan majalah pada seekor burung hantu di tingkapnya dan tanpa sengaja beberapa helai muka surat terkena kipas angin miliknya dan mengoyakkan muka surat itu. Salah satu cebisan itu telempar ke lututnya bertuliskan perkataan 'Tod'.
  • Nyanyian "Rocky Mountain High" terdengar dari radio di bilik mandi Tod.
  • "Tod" adalah perkataan bahasa Jerman untuk "kematian". Mungkin disengajakan kerana perkataan "Todd" menjadi perkataan yang umum untuk nama.
  • Pada pembukaan, patung kecil tergantung di siling.
  • Ketika dua orang wanita meminta Alex bertukar tempat duduk dengan mereka, Tod membuat beberapa bahasa isyarat untuk mengatakan tidak, dengan isyarat dia menggantung dirinya.

Terry Chaney: Mati kerana dilanggar.

Carter sedang bergaduh mulut dengan Alex di luar kedai kopi, dan Terry menjadi marah. Dia beralih ke jalan ketika dia berkata dan memberitahu Carter "jahanam dengan kematian". Dan tiba-tiba sebuah bas melanggarnya dengan kelajuan tinggi, membuatkan darahnya terpercik merata-rata.

Prarasa

  • Ketika Alex sedang berbual dengan Clear, dia melihat pantulan bas yang bergerak laju dari tingkap, namun ketika dia berpaling, bas itu tiada.
  • Kebenaran tentang pesawat yang akan meletup setelah prarasa, poster sebuah bas kelihatan di belakang Terry.

Ms. Valerie Lewton: Mati kerana tertikam, kekurangan darah, dan kebakaran

M. Lewton berada di rumahnya sedang menuang air panas ke dalam cawan. Namun, ketika minum, dia tertumpahkannya. Dia melihat ada logo sekolah pada cawan itu dan, berfikir tentang letupan pesawat itu. Dia kemudian menuangkan vodka sejuk ke dalam panas, untuk menggantikan air panas yang ditumpahkannya. Perubahan suhu mendadak menyebabkan cawan retak, namun dia tidak tahu. Dia berjalan dari dapur dengan titisan vodka ke tempat komputernya. Ketika dia berdiri di komputernya, vodka menitis ke dalam komputer, menyebabkan percikan api dan asap. Ketika dia memeriksa komputer, tiba-tiba monitor komputer meletup, menyebabkan gelas kaca terpelanting dan menusuk lehernya. Dia segera menariknya ke luar, menyebabkan pendarahan bertambah teruk. Dia menuju ke dapur, diikuti api kecil yang menyala dari tumpahan vodka. Vodka dalam botol di dapur meledak, menyebabkan dia jatuh ke lantai. Walaupun masih berlumuran darah, dia berusaha menjangkau kain di atas meja, yang tidak diketahui bahawa benda itu berada di atas tempat pisau. Dia menarik kain itu dan pisau besar menusuk dadanya. Alex masuk dengan tiba-tiba (setelah mengetahui dia giliran berikutnya), melihatnya berada di dalam dapur dan dia berusaha untuk membantu. Dapur meledak dengan tiba-tiba, menjatuhkan kerusi berhampiran ke M. Lewton dan menikam pisau lebih dalam. Alex tidak mampu menyelamatkannya dan berlari ke luar rumah; beberapa ketika kemudian, seluruh rumah meletup dan terbakar.

Prarasa

  • Ms. Lewton merampas sebuah rakaman, "Rocky Mountain High" oleh John Denver (yang terkorban dalam pesawat), yang turut diputar beberapa saat sebelum kematian Tod.
  • Ketika Alex dalam perjalanan menuju rumah Ms. Lewton, dia melihat seorang lelaki sedang menyapu dedaun yang dibakar. Seperti percikan api dan abu di sekitarnya, dia menyedarinya sebagai suatu petanda dan segera lari.
  • Ketika Lewton berdiri di depan komputernya, kita dapat melihat hiasan pisau di pintunya yang menghala padanya. Ketika gelas kaca menusuk lehernya, dia kembali ke pintu dengan gambar pisau pada hiasannya.
  • Ketika Alex sedang menyaksikan TV, program tentang kebocoran gas sedang disiarkan, menggambarkan pada letupan yang menghancurkan rumah Ms. Lewton.

Billy Hitchcock: Mati kerana terpenggal

Setelah Alex berjaya mengeluarkan Carter dari kereta yang terhenti di atas lintasan kereta api sebelum dilanggar, mereka terdiam di tepi landasan. Potongan logam kereta terkena kereta api dan memenggal kepala Billy menjadi dua.

Prarasa

  • Billy hampir dilanggar berulang kali oleh kereta Carter.
  • Ketika Alex di dalam kereta Carter, dia melihat pantulan kereta api yang datang, walaupun mereka jauh dari landasan kereta api.
  • Ketika Carter sedang memandu dengan ganas, Alex perasan bahawa tali pinggang keledarnya rosak. Dia menjerit kepada Carter untuk berhenti namun ketika dia melihat lagi, tali pinggang keledarnya seperti biasa.
  • Sebelum kereta Carter dihancurkan kereta api, dia melihat bayangan (Kematian) pada kereta itu.

Catatan: Alex mengganggu kematian Carter, kerana selanjutnya adalah Billy.

Carter Horton: Mati kerana dihentam

Melihat bas menuju ke arah Alex, Clear menjerit kepadanya untuk menjauhi jalan itu. Disebabkan kejadian itu, dawai pada papan tanda neon terputus dan papan tanda neon berukuran besar itu berhayun bingkai ke arahnya, tetapi Carter masuk campur dan menyelamatkan Alex. Namun, tanda itu kembali lagi ke arah Carter. (Ini menjadi pengakhiran filem.) Kematian disebutkan dalam Final Destination 2.

Prarasa

  • Di belakang Alex, Clear dan Carter, seorang penyanyi menyanyikan lagu "Rocky Mountain High" ketika di Perancis.
  • Tiupan angin yang kencang menjatuhkan segelas anggur merah ke atas kertas Alex. Cecair itu membasahi namanya, seperti darah.
  • Ketika papan tanda neon terlepas, lampunya membentuk tulisan 'o81'. Ketika papan tanda hampir menghantam Carter, benda itu terbaca '18o'.
  • Seseorang mencangkuk daging keluar dari trak yang memaparkan apa yang akan terjadi - daging mati.

Alex Chance Browning: Mati kerana kecederaan

Batu bata menghantam kepalanya, yang kemudian membunuhnya. Kematiannya diketahui dalam Final Destination 2.

Clear Rivers: Mati kerana kebakaran

Clear terkorban dalam Final Destination 2 dalam suatu letupan. Dia telah membantu para anggota kumpulan lain yang selamat.

Orang yang selamat dalam filem ini

[sunting | sunting sumber]
  • Clear Rivers
  • Alexander Chance Browning

Perubahan bahagian akhir

[sunting | sunting sumber]

Adegan di pantai ketika Clear menceritakan Alex tentang masa silam keluarganya telah dipanjangkan. Clear memberitahu Alex bagaimana mereka harus bertindak dan melakukan sesuatu yang berguna selagi mereka masih ada waktu. Clear dan Alex akhirnya melakukan seks dan Clear hamil. Ketika giliran Clear senarai Kematian, Alex menyelamatkannya dari letupan kereta, namun dia mengorbankan dirinya untuk melakukannya dan terkorban. Sembilan bulan kemudian, Clear melahirkan seorang bayi lelaki (yang diberi nama Alex) dan dengan dilahirkannya, bahawa dia telah mengganggu rancangan Kematian kerana Clear menciptakan kehidupan dan tidak bermaksud menjadikannya. Dia dan Carter menjadi sahabat karib dan mereka mengunjungi peringatan Penerbangan 180. Clear mengatakan bahawa walaupun mereka telah mengalahkan kematian, mereka hanya menang peluang untuk hidup sementara, kerana bagi setiap orang, pasti akan tiba masanya. Tiba musim luruh dan penamatan.

Pengaruh pada bahagian sambungan

Konsep kehidupan baru dalam mengalahkan kematian disatukan dalam Final Destination 2.

Klasifikasi

[sunting | sunting sumber]

Final Destination menerima R di Amerika Syarikat untuk kekerasan dan keganasan, dan untuk penggunaan bahasa. Di Britain, filem ini mendapatkan tahap 15. Di Ireland, filem ini mendapatkan 18, untuk kekerasan, kengerian dan bahasa.[6]

  1. ^ basic plot summary
  2. ^ release date of film
  3. ^ general location
  4. ^ "Vancouver for JFK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-11-06.
  5. ^ IMDB Plot summary
  6. ^ rating of the film, 4 stars

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]