Pergi ke kandungan

Komedi situasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komedi situasi (Tulisan Jawi: كوميدي سيتواسي ), (bahasa Inggeris: situational comedy, disingkatkan kepada komsit atau juga lazimnya sitkom) ialah suatu genre penceritaan komedi terdiri dari persembahan watak-watak yang berulang di suatu latar yang sama seperti rumah atau tempat kerja; persembahan lakonan watak-watak ini sering dilakukan dalam rakaman baik di hadapan suatu hadirin besar secara langsung mahupun dalam suatu latar set terkawal. Genre ini pada awalnya berasal dari radio, namun hari ini sitkom hampir hanya dapat dijumpai di televisyen.

Genre komedi sebegini mendapat penilaian yang baik dari kalangan penonton yang inginkan hiburan ringan pada malam minggu.

Penceritaan ini mudah diolah dan diskripkan yang mampu memuatkan memakan masa selama 20—30 minit dengan topik yang berubah-ubah dari semasa ke semasa tetapi menggunakan set, lokasi, dekorasi dan watak yang hampir-hampir sama setiap kali muncul di TV.

Istilah "komedi situasi" atau "sitkom" tidak umum digunakan hingga tahun 1950s.[1] Rancangan televisyen pertama disebut-sebut megikuti format komeid ini adalah Pinwright's Progress dengan sepuluh episod ditayangkan oleh BBC antara tahun 1946 hingga 1947.[2][3] Genre ini di Amerika Syarikat terutamanya dipelopori sutradara dan produser William Asher[4] yang telah menyutradarai berpuluhan program masyhur di Amerika, termasuk I Love Lucy yang laris disiarkan dari tahun 1950-an hingga 1970-an.

Di Malaysia, istilah ini mula digunakan oleh Hatta Azad Khan yang mengarahkan sitkom Flat Seri Wangi yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 1990-an.

  1. ^ Mary M. Dalton (1 Februari 2012). Sitcom Reader, The: America Viewed and Skewed. SUNY Press. m/s. 15. ISBN 978-0-7914-8263-6.
  2. ^ "Pinwright's Progress". comedy.co.uk.
  3. ^ Lewisohn, Mark (2003). "Radio Times Guide to TV Comedy". BBC Worldwide Ltd.
  4. ^ "William Asher - The Man Who Invented the Sitcom", Palm Springs Life Desember 1999