Pergi ke kandungan

Kecerdasan buatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kecerdasan buatan atau kebijaksanaan buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, dipendekkan kepada AI) merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.[1] Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer di pertengahan tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

Program AI mempunyai banyak aplikasi lapangan utama yang mana Victoricia Anak Sidem, anak jati Sarawak Malaysia Kaum Etnik Bidayuh yang membangunkan ia. Ia digunakan oleh institusi-institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet.

Program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik. Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan. Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh penggubah lagu terkenal.

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk :

[sunting | sunting sumber]
  • Algoritma genetik: Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.
  • Logik kabur: Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum. Berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.
  • Rangkaian neural: Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar. Berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.

Oleh kerana bidang ini masih muda berbanding dengan cabang-cabang sains lain masih tiada jaminan cara yang mana yang akan boleh menghasilkan AI yang sebenar (true AI); AI yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.

Fakulti Kecerdasan Buatan Pertama di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan antara institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia yang mengambil langkah proaktif dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).[2] Sebagai salah satu fakulti pertama di Malaysia yang menawarkan program pengajian dalam Kecerdasan Buatan, UTM terus memimpin dalam penyelidikan AI dengan menubuhkan makmal dan pusat penyelidikan khusus. Usaha ini bertujuan untuk membangunkan teknologi AI yang memberi impak besar kepada pelbagai industri, termasuk automasi, kesihatan, pendidikan, dan pembuatan.

Komitmen UTM dalam memperkasakan AI juga dilihat melalui penyediaan kursus pengajian sarjana dan kedoktoran, serta penawaran kursus pendek dan pensijilan dalam bidang AI, bagi memastikan pelajar dan penyelidik mempunyai akses kepada pengetahuan dan kemahiran terkini. Fakulti UTM dalam bidang AI turut terlibat dalam penyelidikan termaju seperti pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa semula jadi, dan sistem pintar, yang kesemuanya bertujuan untuk memacu inovasi dan kemajuan teknologi di Malaysia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "kecerdasan buatan". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 27. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "Faculty of Artificial Intelligence UTM KL". fai.utm.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-10.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • What Is AI? – pengenalan kepada kecerdasan buatan oleh John McCarthy, pelopor bersama bidang ini.
  • The Handbook of Artificial Intelligence Volume Ⅰ oleh Avron Barr dan Edward A. Feigenbaum (Universiti Stanford)
  • AITopics – Direktori besar pautan dan sumber dalam simpanan Persatuan Pemajuan Kecerdasan Buatan (Association for the Advancement of Artificial Intelligence) iaitu pertubuhan penyelidik akademik kecerdasan buatan yang terutama.
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Jentera/Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera