Mafia II
Mafia II | |
---|---|
Fail:Mafia II Boxart.jpg | |
Pembangun | 2K Czech Hangar 13 (Definitive Edition)[a] |
Penerbit | 2K |
Pengeluar | Lukáš Kuře |
Pereka |
|
Pengatur cara |
|
Artis | Roman Hladík |
Penulis |
|
Komposer |
|
Siri | Mafia |
Platform | |
Pelepasan | PS3, Windows, Xbox 360Mac OS X
|
Genre | Pengembaraan Aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Mafia II ialah permainan video aksi-pengembaraan terbitan 2010 yang dibangunkan oleh 2K Czech dan diterbitkan oleh ibupejabat mereka, 2K (syarikat). Ia dikeluarkan pada tarikh 24 Ogos 2010 bagi PlayStation 3, Windows dan Xbox 360.[1] [2] Permainan ini ialah sekuel kepada Mafia 2002,[3] dan ansuran kedua dalam siri Mafia. Berlatar dalam bandar fiksyen di Amerika Syarikat, Empire Bay dari 1945 hingga 1951, kisah ini mengikuti Vito Scaletta, seorang penjenayah dan banduan muda beretnik Itali dan veteran perang, yang menyertai pertikaian kuasa pasar gelap di kalangan keluarga jenayah Mafia, semasa mencuba bagi membayar semula hutang ayahnya dan menginginkan sebuah gaya hidup yang lebih hedonis.
Permainan ini dimainkan dari perspektif orang ketiga dan peta dunia permainan ini boleh dirayau oleh pemain tetapi setengah terhad dan harus tetap menyertai sesebuah misi. Aktiviti jenayah watak pemain mungkin akan memunculkan tindak balas daripada polis, terhitung dengan sistem "Wanted-Busted" yang lazim dicirikan di beberapa permainan merayau bebas dengan watak utama penjenayah/samseng, contohnya GTA: San Andreas.
Pembangunan bermula pada tahun 2003, tidak lama selepas keluaran permainan Mafia yang pertama. Pada masa penerbitan, Mafia II menerima banyak ulasan positif, dengan pujian terutamanya bagi kualiti cerita, sifat watak dan gaya permainannya; bagaimanapun, ia mendapat kritik negatif kerana bentuk peta dunia yang merayau bebas tetapi pemain terhad oleh hampir setiap misi jika ingin mengembara. Banyak pemain yang merasa kecewa kerana permainan yang mereka mainkan selama berjam-jam lamanya tidak dapat dimainkan semula apabila telah menamatkan misi terakhir kerana ketiadaan moda kotak pasir.
Versi pembaharuan permainan termasuk semua kandungan boleh dimuat turun yang dikeluarkan sebelum ini, bertajuk Mafia II: Director's Cut, telah dikeluarkan oleh Feral Interactive pada Disember 2011.[4] Sekuel permainan ini, Mafia III, yang dibangunkan oleh pengganti 2K Czech Hangar 13, diterbitkan pada bulan Oktober 2016. Bertepatan dengan pembuatan semula permainan pertama siri ini, Mafia II: Definitive Edition, versi remaster permainan yang dibangunkan bersama oleh D3T dan Hangar 13, telah dikeluarkan oleh 2K Games pada 19 Mei 2020. Hasil bon dari ahli pengkritik dan pemain bercampur antara positif atau negatif.[5] Definitive Editionini kemudiannya dilakurkan ke dalam bundle Mafia: Trilogy yang dikeluarkan pada tarikh 25 September 2020.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Announcing Mafia II's Release Date". 2K Games.
- ^ "2K Games Announces Mafia 2". 2K Games. 21 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 27 September 2008.
- ^ Robinson, Martin (8 January 2008). "Take-Two Takes Mafia Dev". IGN. Dicapai pada 27 September 2008.
- ^ "Feral Interactive: Mafia II: Director's Cut release announcement".
- ^ "Mafia II". Metacritic. Dicapai pada 2021-05-21.