Pensintesis
Pensintesis (bahasa Inggeris: synthesizer ) ialah sejenis alat muzik elektronik yang menukarkan isyarat elektrik menjadi bunyi; biasanya bunyi yang dihasilkan ini mirip pelbagai bunyi berbeza sama ada yang dihasilkan alat muzik lain seperti piano atau trompet mahupun sumber lain seperti hon atau penggera.
Ia sering dikendalikan menggunakan permukaan serupa papan kekunci muzik dalam sesebuah piano
Mekanisme fungsi
[sunting | sunting sumber]Alat ini tertumpu kepada suatu pengayun yang menghasilkan getaran pada kadar yang malar dan tidak berubah menggunakan transistor dijanakan kuasa elektrik. Pengayun boleh mengolah kelajuan perulangan isyarat yang terhasil pada kadar berbeza-beza lalu mengubah not yang kedengaran di pembesar suara.
Alat-alat jenis sebegini menghasilkan bunyi mereka yang tersendiri melalui seberapa kaedah baik yang analog mahupun digital.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Synthesizer Tutorial
- Analog & Digital Synthesizers museum Diarkibkan 2007-01-22 di Wayback Machine - sumber dan gambar banyak jenis alat ini
- Vintage Synth Explorer
- How do synthesizers work? - Explain that Stuff