Poopol Wuuj
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Poopol Wuuj (disebut [ˈpʰoːpʰol ˈʋuːχ], "Kitab Sidang" dalam bahasa Kʼicheʼ[1], juga dirumikan kepada Popol Vuh, Popol Wuj, Popul Vuh atau Pop Vuj)[2] ialah manuskrip menceritakan sejarah dan mitologi orang Kʼicheʼ —salah satu rumpun bangsa Maya yang mendiami Guatemala, negeri-negeri Chiapas, Campeche, Yucatan dan Quintana Roo di Mexico serta beberapa daerah tertentu di Belize, Honduras dan El Salvador moden— sebelum datangnya Empayar Sepanyol menakluk jajah rantau Amerika Tengah.[3]
Penghikayatan ini dipelihara sekian lama secara lisan[4] sehinggalah ia dicatatkan sekitar tahun 1550;[5] lagi-lagi dengan pemusnahan manuskrip-manuskrip bertulisan asli Kʼicheʼ sendiri dilakukan Gereja Katolik pimpinan uskup Diego de Landa yang menganggapnya bahan penyembahan berhala.[6] Pencatatan ini asasnya dimulakan Francisco Ximénez, seorang rahib mazhab Dominikus yang mengarang teks salinan menggandingkan terjemahan bahasa Sepanyol.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Christenson, Allen J. (2007). Popol Vuh: the sacred book of the Maya (ed. Oklahoma). Norman: University of Oklahoma Press. m/s. 64. ISBN 978-0-8061-3839-8. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ Hart, Thomas (2008). The Ancient Spirituality of the Modern Maya (dalam bahasa Inggeris). UNM Press. ISBN 978-0-8263-4350-5.
- ^ Christenson, Allen J. (2007). Popol vuh : the sacred book of the Maya (ed. Oklahoma). Norman: University of Oklahoma Press. m/s. 26–31. ISBN 978-0-8061-3839-8. Dicapai pada 29 September 2017.
- ^ a b "Popol Vuh AHA". www.historians.org (dalam bahasa Inggeris). American Historical Association. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ "Popol Vuh - The Sacred Book of The Mayas". www.vopus.org (dalam bahasa Inggeris). VOPUS. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ Christenson, Allen J. (2007). Popol Vuh : the sacred book of the Maya (ed. Oklahoma). Norman: University of Oklahoma Press. m/s. 21. ISBN 978-0-8061-3839-8. Dicapai pada 3 November 2017.