Pelusios bechuanicus
Pelusios bechuanicus | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Keluarga: | Pelomedusidae |
Genus: | Pelusios |
Spesies: | P. bechuanicus
|
Nama binomial | |
Pelusios bechuanicus | |
Sinonim[2] | |
|
Pelusios bechuanicus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Okavango (Kura-kura Okavango[3]) ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae yang berasal dari Afrika. Merangkumi negara-negara Angola, Botswana, Republik Demokratik Congo, Namibia (Caprivi), Zambia, dan Zimbabwe.[1]
Taburan habitat
[sunting | sunting sumber]Boleh ditemui di Afrika, Angola tengah, timur laut Namibia, utara Botswana, Zimbabwe, dan Zambia [4]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini ialah spesies terbesar dari genus Pelusios. Karapasnya bujur dan berbentuk kubah tinggi, hampir bulat menyebabkan ia kelihatan seperti batu licin.[4] Berwarna hitam, dengan warna kekuningan di sisi. Plastronnya memiliki engsel serta boleh memasukkan keseluruhan bahagian badannya.[4]
Biologi
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini sering dtemui di kawasan air yang tenang, jernih dan dalam, terutamanya di tempat yang mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan.[4] Mereka bersifat semi-aquatik dan berada di dalam air sepanjang tahun. Mereka hanya keluar dari air semasa musim kering[4] dan untuk bertelur. Musim mengawan tiba semasa musim panas tiba di kawasan selatan dengan sarang telurnya dibina agak besar, boleh menempatkan antara 20 dan 50 biji telur.[4] Haiwan ini sering menjadi mangsa shoe-billed stork.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Rhodin 2011, halaman 000.215
- ^ a b Fritz 2007, halaman 346
- ^ Broadley, Donald G. (1973). "Provisional List of Vernacular Names for Rhodesian Reptiles and Amphibians". The Journal of the Herpetological Association of Africa. 10 (1). doi:10.1080/04416651.1973.9650652.
- ^ a b c d e f g Bonin, Franck; Devaux, Bernard; Dupre, Alain (2006). Turtles of the World. Baltimore, Maryland: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-8496-9.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour (2011-12-31). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 6. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-01-22.
- Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007-10-31). "Checklist of Chelonians of the World" (pdf). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-29. Dicapai pada 2010-12-29.
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pelusios bechuanicus |