Pergi ke kandungan

Judi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perjudian)
Gambaran suatu pertaruhan bermain daun terup - I bari karya Caravaggio, s. 1594

Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.

Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Jenis perjudian

[sunting | sunting sumber]

Perjudian kasino

[sunting | sunting sumber]

Manakala oleh game slot kerana apa-apa jua permainan boleh dimainkan untuk wang, dan apa jua jenis permainan yang dimainkan untuk wang boleh juga digunakan untuk suka-suka, beberapa permainan biasanya ditawarkan di dalam sesebuah ATAS kasino.

Permainan atas meja

[sunting | sunting sumber]
Winged Victory of Samothrace.
kiosk pachinko di Tokyo, Jepun

Permainan elektronik

[sunting | sunting sumber]

Kesan perjudian

[sunting | sunting sumber]

Atas pemikiran

[sunting | sunting sumber]

Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin memberi "batu hikmah" yang "dapat meningkatkan tuah" untuk menjayakan hidup. Pendek kata, perjudian akan mempengaruhi seseorang sehingga berpemikiran magis.

Ke atas kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseorang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan.[1]

Pandangan judi mengikut agama

[sunting | sunting sumber]

Agama Islam

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi, atau disebut mereka sebagai al-Maisir (الميسر). Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi'ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam.[1]

Agama Kristian

[sunting | sunting sumber]

Mazhab Gereja Katolik Romawi menegaskan bahawa perjudian tidak dihalang selagi peluang menang peserta ada kebarangkalian secukupnya, tiada unsur penipuan, serta para peserta tiada pengetahuan keputusan taruhan melainkan ia telah dimaklumkan,[2] selagi para pejudi tiada masalah kalah taruhan, mampu berhenti selagi mencapai had tertentu serta untuk tujuan hiburan semata-mata bukan demi harta.[3] atau mencari nafkah.[4] Para agamawan gereja secara amnya menegah perjudian di kasino atas faktor ia mampu menjebak ke arah ketagihan lagi-lagi dalam kalangan orang miskin serta mendorong kepada kemungkaran lain seperti pelacuran dan rasuah.[5][6][7]

Mazhab-mazhab Protestan berbeza dalam pendapat dan tahap pendekatan terhadap kegiatan ini. Golongan Metodis mengharamkan perjudian kerana ia mendorong ke arah sikap tamak haloba; begitu juga dengan golongan beranutan Quaker,[8]

Ada juga mazhab-mazhab gereja luar konvensional lain yang sependirian dalam sifat haram perjudian seperti Jehovah's Witnesses, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,[9] dan Iglesia Ni Cristo.[10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Khutbah — Judi". Kementrian Hal Ehwal Agama Brunei. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  2. ^ Kucharek, Rev. Cass (1974). To settle your conscience a layman's guide to Catholic moral theology. Our Sunday Visitor. ISBN 978-0-87973-877-8.
  3. ^ Moran, Dylan. "Is Gambling a Mortal Sin in the Bible? | tech-life-game-news". Christianpost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2016. Dicapai pada 30 Mei 2016.
  4. ^ "Is Gambling a Sin?". 2 January 2013. Dicapai pada 5 September 2016.
  5. ^ "ADOM :: Florida bishops oppose expanding casino gambling". Dicapai pada 5 September 2016.
  6. ^ Mike Latona. "State's bishops oppose casino expansion". Catholic Courier. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2016.
  7. ^ "Kentucky bishops urge opposition to casino gambling : News Headlines". Dicapai pada 5 September 2016.
  8. ^ "Quaker View of Gambling".
  9. ^ "Gambling". LDS.org. Intellectual Reserve, Inc. Dicapai pada May 14, 2018.
  10. ^ "The Unofficial Site of the Iglesia ni Cristo".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • "Khutbah — Judi". Kementrian Hal Ehwal Agama Brunei. Dicapai pada 18 Julai 2014.
  • Kategori berkenaan Judi di Wikimedia Commons