Tianlong
Tianlong (Cina ringkas: 天龙 ; Cina tradisional: 天龍 ; pinyin: tiānlóng; Wade-Giles: t'ien lung; secara harfiahnya ""naga syurga"") ialah seekor naga yang terbang dalam mitos Cina, sebutir bintang dalam astrologi Cina, dan juga satu kata nama khas yang dipakai oleh manusia mahupun tempat.
Menurut naskhah-naskhah klasik Cina, tian "syurga" dan long "naga" mula-mula disebut sekaligus dalam catatan Dinasti Zhou (1122 SM-256 SM), tetapi ungkapan tianlong hanya tercatat sewaktu Dinasti Han (207 SM-220 M).
Kitab Yijing ("Kitab Perubahan") memberikan contoh penggunaan tian dan long bersama-sama. Qian [乾] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) "Pencipta", iaitu heksagram yang pertama, menyatakan, "Sembilan lima: Naga terbang di angkasa; boleh berjumpa orang besar."[2]
Sebutan terawal ungkapan tianlong menurut kamus Hanyu Da Cidian, terdapat dalam naskhah Xinxu ([新序] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) "Prakata Baru") oleh Liu Xiang (79-8 SM). Kisahnya tentang seorang lelaki bernama Ye Zigao yang mengaku dirinya pencinta naga. Setelah banyak mengukir dan melukis gambar-gambar naga di merata rumahnya, datangnya seekor naga syurga yang melawat, tetapi Ye ditakutkan lalu melarikan diri.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ Werner, E. T. C. (1922). Myths & Legends of China. New York: George G. Harrap & Co. Ltd. Dicapai pada 2007-03-14. (Project Gutenberg eText 15250)
- ^ 周易: 乾 九五, Wikisource.
- ^ Yuan 2006:213
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Wilhelm, Richard and Cary F. Baynes. 1967. The I Ching or Book of Changes. Bollingen Series XIX, Princeton University Press.
- Yuan, Haiwang. 2006. The Magic Lotus Lantern and Other Tales from the Han Chinese. Libraries Unlimited.