Pergi ke kandungan

Baru cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2899614 pada 21:21, 15 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 40 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q26663)

Baru Cina
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Subtribus:
Genus:
Spesies:
A. vulgaris
Nama binomial
Artemisia vulgaris

Baru cina, daun manis, atau daun Sundamala ialah sejenis tumbuhan herba yang dimakan sebagai ulam. Ia banyak tumbuh di kawasan yang bertanah lembab, kaya dengan humus dan organik sama ada menjadi tanaman atau tumbuh liar di kampung-kampung. Cara makannya ialah dengan mengambil pucuk muda dan dicelur untuk dibuat makan bersama dengan pencecah seperti budu, cencaluk, sambal belacan dan lain-lain. Rasanya lemak-lemak pahit dan pedas.

Ciri botani

Lukisan botani pokok baru Cina.

Renek saiz sederhana tumbuh setinggi 45-60 cm. Batang separa berkayu, banyak cabang, batang muda berwarna hijau dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, sederhana besarm tepi daun lekuk-lekuk dalam sehingga kelihatan seperti daun majmuk, tangkai daun pendek, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar hijau tua setelah tua. Bunga majmuk, kecil, warna kuning muda, jambak bunga keluar dari hujung daun. Buah kecil, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke warna perang setelah masak. Di dalam buah terdapat biji-biji beih kecil.

Khasiat

Daun pokok baru Cina mengandungi pelbagai khasiat untuk wanita.

Mengandungi air, karbohidrat, mineral, serat, vitamin, ceneole, adenine, choline, vitamin, tanin, 1-quebrachitol, fernenol, beta-caryophyllene, minyak pahit artemesin dan minyak terbang.

Ia boleh merawat sengugut, melancarkan perjalanan darah, penyakit keputihan, muntah darah, migrain dan mulut berbau. Ia juga boleh dimakan bagi menghilangka rasa sejuk dan untuk awet muda. Ibu-ibu mengandung suka makan bagi mencegah keguguran kandungan dan memudahkan proses melahirkan anak.[perlu rujukan]

Rujukan