18 Jun
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
18 Jun merupakan hari ke-169 (hari ke-170 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 196 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 618 - Lǐ Yuān menjadi Maharaja Gaozu, memulakan pemerintahan Dinasti Tang di China.
- 1812 - Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap United Kingdom Great Britain dan Ireland, memulakan Perang 1812 secara rasmi.
- 1815 - Seratus Hari: Napoleon Bonaparte dikalahkan dalam Pertempuran Waterloo di Belgium kini, pertempurannya yang terakhir.
- 1858 - Charles Darwin menerima manuskrip Alfred Russel Wallace (gambar) mengenai pemilihan semula jadi, menyebabkan beliau menerbitkan teorinya mengenai evolusi.
- 1873 - Aktivis hak mengundi wanita Susan B. Anthony didenda AS$100 kerana cuba mengundi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 1872.
- 1908 – Universiti kebangsaan Filipina, Universiti Filipina diasaskan.
- 1979 - Perjanjian SALT II dimeterai oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet, mengehadkan jumlah simpanan senjata nuklear.
- 1981 - Lockheed F-117 Nighthawk (gambar), pesawat beroperasi pertama yang direka bentuk berdasarkan teknologi halimunan, menjalankan penerbangan sulungnya.
- 2006 - Pemain badminton Malaysia Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dari China untuk merangkul kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan Terbuka Malaysia.
- 2007 - Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Malaysia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1942 - Thabo Mbeki, seorang Presiden Afrika Selatan
- 1949 - Lech Kaczyński, Presiden Poland ke-4
- 1979 - Pandji Pragiwaksono, pelakon lelaki Indonesia
- 1982 - Marco Borriello, pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2022 - Adibah Noor, pelakon, penyanyi, pengacara kelahiran Malaysia (lahir 1970)