Pergi ke kandungan

463 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Di Athens, Ephialtes, negarawan demokrasi, dan Pericles yang muda mencuba menyebabkan Kimon, pemerintah dikit, dipulaukan. Kimon dituduh oleh Pericles dan ahli-ahli politik demokrasi yang lain kerana menerima rasuah supaya tidak menyerang raja Macedon (yang disyaki membantu pemberontak-pemberontak Thasus secara terselindung). Walaupun Kimon dibebaskan daripada tuduhan itu, pengaruhnya ke atas penduduk-penduduk Athens merosot.
  • Themistocles yang berada dalam buangan, menemui Raja Artaxerxes I untuk meminta bantuan Parsi supaya membantunya mengembalikan kuasa di Athens. Artaxerxes tidak rela membantunya tetapi sebagai ganti, memberikannya jawatan satrap (gabenor) Magnesia.
  • Selepas pengepungan selama dua tahun, Thasos jatuh kepada Athens di bawah Kimon yang memaksa Thasus memusnahkan tembok-temboknya, menyerahkan kapal-kapal, serta membayar ganti rugi dan sumbangan tahunan kepada Athens.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]