Graptemys pseudogeographica
Graptemys pseudogeographica | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Graptemys |
Spesies: | G. pseudogeographica
|
Nama binomial | |
Graptemys pseudogeographica (Gray, 1831)
| |
Subspecies | |
| |
Peta taburan habitat | |
Sinonim | |
|
Graptemys pseudogeographica juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Palsu ialah spesies kura-kura yang berasal dari Amerika Syarikat. Dua subspesies telah dikenalpasti, termasuklah subspecies nominotipikal yang diterangkan di sini.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Karapasnya rendah dan berduri dihujung. Berwarna zaitun-coklat dengan tanda kuning terang bergaris gelap. Plastronnya warna krim kekuningan dengan corak garis gelap. Badannya berwarna kelabu-hitam dengan belang sama ada coklat terang, kuning atau putih. Matanya boleh jadi warna coklat, kuning terang, putih atau hijau dan disilangkan oleh warna hitam. Terdapat garisan nipis di belakang mata bercantum dengan garisan pada belakang leher dan kepalanya. Selain itu, terdapat titik terang di belakang mata dan dagunya.
Taburan habitat
[sunting | sunting sumber]Haiwan ini mendiami kawasan Sungai Missouri dan Sungai Mississippi, dari Ohio, Indiana, Illinois, Wisconsin, Minnesota, sehingga selatan Dakotas dan barat daya Alabama, selatan dan barat Mississippi, dan Louisiana. Kura-kura ini juga ditemui hidup di sungai-sungai di barat daya Louisiana dan timur Texas.
Status pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Di Midwest, Spesies ini mendapat perhatian oleh Ohio.
Kelakuan
[sunting | sunting sumber]Graptemys pseudogeographica suka berjemur, menghabiskan mas berjam di bawah matahari. Mereka juga sering dilihat berkongsi tempat berjemur dengan pelbagai spesies kura-kura dan haiwan lain. Hal ini tidak langsung mengurangkan ancaman pemangsa terhadap mangsa yang hanya bersendirian.
Subspesies
[sunting | sunting sumber]- Subspecies nominotipikal: G. p. pseudogeographica (Gray, 1831) – Kura-kura Peta Palsu
- G. p. kohnii (Baur, 1890) – Kura-kura Peta Mississippi[2]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini memiliki kaki renang yang kuat. Mereka boleh hidup di dalam air yang lebih dalam dan bergerak. Kura-kura ini juga menjadikan tasik ladam dan paya cetek sebagai habitat selain daripada sungai. Aktiviti berjemur sangat penting, di mana mereka sering dilihat berjemur di batang-batang kayu hanyut dan batu.
Ancaman dan pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Antara ancaman yang dihadapi kura-kura ini ialah pemusnahan sarang telur oleh haiwan dan serangga. Mereka juga sering menjadi mangsa perangkap jaring insang, atau ditembak. Seperti Kura-kura Telinga Merah (Trachemys scripta elegans), mereka sering diburu masyarakat setempat untuk dijadikan haiwan belaan atau dijual.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Kura-kura betina sedang menyediakan sarang untuk bertelur
-
Kura-kura yang sama sedang ovupulasi (bertelur)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Graptemys pseudogeographica. |
- ^ van Dijk, P.P. (2011). "Graptemys pseudogeographica". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T165600A97424024. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T165600A6066439.en. Dicapai pada 9 November 2017.
- ^ a b c Graptemys pseudogeographica, Reptile Database
- ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 189. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Conant, R. (1975). A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardcover), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys pseudogeographica, pp. 57–58 + Plate 8 + Map 14.)
- Ernst, C.H., J.E. Lovich and R.W. Barbour. (1994). Turtles of the United States and Canada. Smithsonian Institution Press. Washington, District of Columbia.
- Gray, J.E. (1831). Synopsis Reptilium; or Short Descriptions of the Species of Reptiles. Part I.—Cataphracta. Tortoises, Crocodiles, and Enaliosaurians. Treuttel, Wurz, and Co. London. viii + 85 pp. + 11 plates. (Emys pseudogeographica, p. 31.)
- Smith, H.M., and E.D. Brodie Jr. (1982). Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys pseudogeographica, pp. 50–51.)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Graptemys pseudogeographica, Illinois Natural History Survey
- False Map Turtle, Reptiles and Amphibians of Iowa
- Graptemys pseudogeographica, The Reptile Database