Souk Emas Dubai
Souq Emas Dubai (Arab: دبي سوق الذهب ) atau Souq Emas, adalah sebuah pasar tradisional (atau souq) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Souq ini terletak di pusat daerah perdagangan komersil Dubai timur di Deira, di daerah Al Dhagaya. Souq ini terdiri dari lebih 300 penjual runcit yang berdagang hampir sepenuhnya dalam barang kemas. Penjual runcit di sini termasuklah gedung telah mantap seperti Damas, ARY Jewellery, Prima Gold dan Joyalukkas Jewellery dan juga kedai-kedai kecil yang beroperasi hampir secara eksklusif di souq emas ini. Mengikut sesetengah anggaran, lebih kurang 10 tan emas wujud di hampir setiap waktu di souq ini[1] Ia bersempadan dengan Pasar Ikan dan Sayuran Dubai dan Deira Corniche di utara.
Perdagangan dalam souq emas ini berkembang sewaktu 1940-an oleh kerana polisi perdagangan bebas Dubai yang mengalakkan usahawan dari India dan Iran untuk mendirikan kedai di souq. Sungguhpun terdapat kemerosotan umum dalam pasaran emas sejagat, saham dagangan Dubai dalam emas dan intan dalam perdagangan langsung bukan minyak bertambah dari 18% pada 2003, ke 24% pada 2004. Pada 2003, nilai dagang dalam emas di Dubai adalah lebih kurang Dh. 21 billion (AS$ 5.8 bilion, sementara dagangan dalam emas adalah lebih kurang Dh. 25 bilion (AS$ 7 bilion) pada 2005. India adalah pembeli emas terbesar Dubai, membeli lebih kurang 23% (2005) dari jumlah perdagangan emas emiriah pada 2005. Switzerland adalah pembekal terbesar Dubai dari segi ingot, sisa dan serpihan emas. Secara yang serupa, India bertanggungjawab terhadap lebih kurang 68% dari semua perdagangan berkaitan-intan di Dubai; manakala saham Belgium dalam dagangan intan Dubai adalah sekitar 13% (2005).[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dubai - City of Gold. Al Shindagha
- ^ Dubai’s trade in gold and diamonds continues to grow. Dubai Chamber of Commerce and Industry.