Easy A
Easy A | |
---|---|
Pengarah | Will Gluck |
Penulis | Bert V. Royal |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Michael Grady |
Disunting oleh | Susan Littenberg |
Muzik oleh | Vangelis |
Syarikat penerbitan | Olive Bridge Entertainment |
Diedarkan oleh | Screen Gems |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minutes[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $8 juta[2] |
Pecah panggung | $75 juta[3] |
Easy A (diolah sebagai easy A) ialah filem komedi remaja Amerika Syarikat 2010 ditulis oleh Bert V. Royal, diarahkan oleh Will Gluck dan dibintangi Emma Stone. Lakon layar sebahagiannya diilhamkan dari novel The Scarlet Letter oleh Nathaniel Hawthorne. Menjalani penggambaran di Screen Gems dan di Ojai, California, filem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan menerima ulasan positif.
Plot
[sunting | sunting sumber]Pelajar sekolah tinggi, Olive Penderghast (Emma Stone) mendapati dirinya menjadi mangsa "kilang khabar angin" sekolahnya apabila dia menipu kepada kawan baiknya Rhiannon (Alyson Michalka) tentang pertemuan hujung minggu dengan seorang pelajar tahun pertama kolej. Khabar angin dengan segera merebak tentang pergaulan Olive tetapi dia mengalu-alukan perhatian. Apabila dia bersetuju untuk membantu kawannya yang dibuli dengan berpura-pura tidur dengan dia, imejnya dengat cepat bertukar kepada lebih berahi dan dunianya mula menjadi tidak terkawal. Semasa dia terus membantu lebih ramai rakan kelasnya dan penipuannya terus meningkat, Olive mesti mencari jalan untuk menyelamatkan maruahynay sebelum fanantik agama sekolah, Marianne (Amanda Bynes) berjaya membuatkannya dibuang sekolah dan dia kehilangan peluang untuk mencapai kebahagiaan sendiri.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Emma Stone sebagai Olive Penderghast
- Juliette Goglia sebagai Olive muda
- Penn Badgley sebagai "Woodchuck" Todd
- Braeden Lemasters sebagai Todd muda
- Amanda Bynes sebagai Marianne Bryant
- Dan Byrd sebagai Brandon
- Thomas Haden Church sebagai Mr. Griffith
- Patricia Clarkson sebagai Rosemary Penderghast
- Cam Gigandet sebagai Micah
- Lisa Kudrow sebagai Mrs. Griffith
- Malcolm McDowell sebagai Principal Gibbons
- Aly Michalka sebagai Rhiannon Abernathy
- Stanley Tucci sebagai Dill Penderghast
- Mahaley Manning sebagai Nina Howell
- Jake Sandvig sebagai Anson
- Bryce Clyde Jenkins sebagai Chip Penderghast
- Johanna Braddy sebagai Melody Bostic
- Fred Armisen sebagai Pastor Bryant
- Stacey Travis sebagai Mrs. Bryant
Produksi
[sunting | sunting sumber]Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Penulis skrin, Bert V. Royal mendakwa telah menulis keseluruhan lakon skrin kecuali sepuluh muka surat terakhir dalam masa lima hari.[4] Rancangan Royal adalah untuk mengadaptasi tiga kerja klasik ke dalam filem-filem yang berlaku di sekolah tinggi yang sama supaya sesetengah watak akan muncul dalam lebih daripada satu filem. Selaon The Scarlet Letter yang merupakan bahan sumber untuk Easy A, Royal mahu mengadaptasi Cyrano de Bergerac dan The Mystery of Edwin Drood.[4] Lagu Natasha Bedingfield, "Pocketful of Sunshine", yang menjadi lagu jenaka dalam filem ini tidak berada dalam skrip asal Royal. Menurut Royal, walaupun perkataan "fuck" muncul 47 kali dalam draf asal, yang ditulis sebagai komedi rated-r, kesemuanya telah dipotong daripada filem terakhir. Walau bagaimanapun, pengarah Will Gluck membuat pengambaran dua versi untuk banyak adegan, kedua-duanya dengan dan tanpa bahasa lebih kasar.[4] Walaupun filem itu telah dipotong untuk penonton yang lebih luas, filem ini masih mendapat rating 15 di United Kingdom.[5]
Pengambaran
[sunting | sunting sumber]Keseluruhan filem menjalani pengambaran di Ojai, California. Sekolah "Ojai North High School" di dalam filem adalah Nordhoff High School, juga terletak di Ojai, California.
Tayangan
[sunting | sunting sumber]Easy A telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010.[6]
Media rumah
[sunting | sunting sumber]Easy A dikeluarkan secara DVD dan Blu-ray Disc pada Disember 21, 2010.[7]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Box office
[sunting | sunting sumber]Filem ini ditayangkan pada September 17, 2010 dan mengutip $6,787,163 semasa hari pembukaan dan $17,734,040 semasa minggu pembukaan.[2] Filem ini mengutip keseluruhan $58,401,464 di Amerika Syarikat dan Kanada serta $16,550,841 di pasaran antarabangsa dengan jumlah keseluruhan $74,952,305.[3]
Respons kritikal
[sunting | sunting sumber]Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik debfab ramai yang memuji lakonan Stone. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 85% berdasarkan 175 ulasan debgan purata skor 7.1/10.[8] Metacritic memberi filem ini skor 72% berdasarkan 34 ulasan daripada pengkritik.[9] Dalam ulasanny, pengkritik filem Chicago Sun-Times, Roger Ebert memberi filem ini tiga setengah daripada empat bintang.[10] Richard Corliss dari majalah Time menamakan lakonan Emma Stone sebagai salah satu daripada 10 Teratas Lakonan Dalam Filem tahun 2010.[11]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Golden Globe ke-68 | Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi | Emma Stone | Tercalon |
Casting Society of America[12] | Anugerah Artios untuk Pencapaian Cemerlang dalam Pemilihan Pelakon - Ciri-ciri - Studio atau Komedi bebas | Lisa Miller Katz | Tercalon |
Anugerah Komedi | Pelakon Komedi Wanita Terbaik | Emma Stone | Tercalon |
Anugerah Komedi | Pengarah Komedi Terbaik | Will Gluck | Tercalon |
Anugerah Komedi | Filem Komedi Terbaik | Tercalon | |
People's Choice Award | Filem Komedi Terbaik | Tercalon | |
Broadcast Film Critics Association Awards | Filem Komedi Terbaik | Menang | |
Anugerah Filem MTV | Lakonan Wanita Terbaik[13] | Emma Stone | Tercalon |
Anugerah Filem MTV | Lakonan Komedi Terbaik[14] | Emma Stone | Menang |
Anugerah Filem MTV | Line Terbaik daripada Filem[15] | Emma Stone dan Amanda Bynes | Tercalon |
Teen Choice Awards | Filem Pilihan: Romantik Komedi | Menang | |
Teen Choice Awards | Pelakon Lelaki Filem Pilihan: Romantik Komedi | Penn Badgley | Tercalon |
Teen Choice Awards | Pelakon Wanita Filem Pilihan: Romantik Komedi | Emma Stone | Menang |
Teen Choice Awards | Filem Pilihan: Babak Wanita Tumpuan | Aly Michalka | Tercalon |
Anugerah A.C.E. | Suntingan Terbaik, Komedi | Susan Littenberg | Tercalon |
Muzik
[sunting | sunting sumber]Runut bunyi dikeluarkan oleh Madison Gate Records pada September 14, 2010 dan boleh didapati melalui iTunes. Ia mempunyai trek daripada Jessie J, Lenka, Natasha Bedingfield, Kardinal Offishall dan Cary Brothers. Lagu-lagu lain dalam filem tetapi tiada dalam album runut bunyi adalah dari OneRepublic, The Dollyrots, Death Cab for Cutie dan The Pussycat Dolls.[16]
Easy A (Original Motion Picture Soundtrack) | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai Artis | |
Dilancarkan pada | September 14, 2010 |
Tempat | Amerika Syarikat |
Genre | Pop, hip hop, rock, punk rock, new wave |
Panjang | 92:00 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Syarikat | Madison Gate Records |
Pengedar | Screen Gems, InterCom (en) dan Netflix |
Pengarah | Will Gluck (mul) |
Penerbit | Will Gluck (mul) |
sunting · sunting di Wikidata |
No. | Tajuk | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Change of Seasons" | Sweet Thing | 3:46 | |
2. | "Bad Before Good" | Day One | 3:50 | |
3. | "Trouble Is a Friend" | Lenka | 3:37 | |
4. | "If You Were Here" | Cary Brothers | 3:49 | |
5. | "15 Minutes" | The Yeah You's | 3:30 | |
6. | "Cupid Shoot Me" | Remi Nicole | 3:43 | |
7. | "Satellite" | Kram | 3:06 | |
8. | "Don't You (Forget About Me)" | AM | 4:23 | |
9. | "We Go Together" | I Heart Homework | 3:17 | |
10. | "Numba 1 (Tide Is High)" | Kardinal Offishall | 3:42 | |
11. | "Perfect Picture" | Carlos Bertonatti | 3:06 | |
12. | "The Wolf" | Miniature Tigers | 2:35 | |
13. | "Sexy Silk" | Jessie J | 2:43 | |
14. | "When Life Gives Me Lemons I Make Lemonade" | The Boy Least Likely To | 3:42 | |
15. | "Pocketful of Sunshine" | Natasha Bedingfield | 3:24 | |
16. | "Don't You (Forget About Me)" | Simple Minds | 4:23 | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "EASY A (15)". British Board of Film Classification. August 12, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada November 22, 2014.
- ^ a b Fritz, Ben (2010-09-16). "Movie projector: 'Easy A' expected to lead 'The Town,' 'Devil,' 'Alpha and Omega'". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 2010-09-16.
- ^ a b "Easy A (2010)". Box Office Mojo. Amazon.com. Dicapai pada January 27, 2011.
- ^ a b c "Bert V. Royal Interview with Creative Screenwriting Magazine Podcast, Sept. 14, 2010". Creativescreenwritingmagazine.blogspot.com. Dicapai pada 2011-10-04.
- ^ "EASY A rated 15 by the BBFC". Bbfc.co.uk. 2010-08-12. Dicapai pada 2011-10-04.
- ^ Corliss, Richard (2010-09-17). "Easy A: We ♥ Emma Stone". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-24. Dicapai pada 2015-09-30.
- ^ "'Easy A' DVD Release Date Announced". BuzzFocus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-12. Dicapai pada 2010-11-23.
- ^ "Easy A Film Reviews at rottentomatoes.com". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada October 15, 2010.
- ^ "Easy A Film Reviews at Metacritic.com". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada October 9, 2010.
- ^ Roger Ebert (September 15, 2010). "Review: "Easy A"". Chicago Sun-Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2021-09-26.
- ^ Corliss, Richard (December 9, 2010). "The Top 10 Everything of 2010 - Emma Stone as Olive in Easy A". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-20. Dicapai pada December 13, 2011.
- ^ "2011 Artios Award Nominations for Outstanding Achievement in Casting". Casting Society of America. 2011. Dicapai pada January 7, 2012.
- ^ "Best Female Performance". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
- ^ "Best Comedic Performance". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
- ^ "Best Line from a Movie". MTV Movie Awards. Retrieved May 3, 2011.
- ^ http://www.imdb.com/title/tt1282140/soundtrack
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Easy A |
- Tapak web rasmi
- Easy A di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Easy A di Box Office Mojo
- Easy A di Rotten Tomatoes
- Easy A di Metacritic