Pergi ke kandungan

Fes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fes
Fas / ⴼⴰⵙ / فاس
Fez
Pemandangan medina lama Fes
Pemandangan medina lama Fes
Negara Maghribi
WilayahFès-Meknès
Diasaskan789
Diasaskan olehDinasti Idrisah
Pentadbiran
 • Datuk BandarHamid Chabat
 • GabenorMohamed Rerrhabi
Aras
1,900 ft (579 m)
Penduduk
 (2004)[1]
 • Jumlah1,044,376
Bab Bou Jeloud, "Gerbang Biru" Fes.
Samakan kulit di Fes
Fes, Kota Lama

Fes atau Fez (Arab: فاس Dialek Maghribi: [fɛs]) ialah bandar kedua terbesar di Maghribi dengan penduduk lebih kurang sejuta orang (2010). Fes ialah ibu kota wilayah Fès-Meknès.

Fas el Bali ialah sebuah tapak warisan UNESCO. Kawasan Medina Fes, satu daripada kawasan bandarnya, dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia. Al-Qarawiyyin, yang ditubuhkan pada tahun 859 M, ialah madrasah atau universiti yang tertua di dunia. Fes juga digelar "Makkah Barat" dan "Athens Afrika"".[2]

Pengasasan bandar dan dinasti Idrisiyah

[sunting | sunting sumber]

kota Fes diasaskan pada tebing sungai Jawhar oleh Maula Idris I (Idris bin Abdullah, dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W, dari jalur Saidina Hassan) yang melarikan diri ke Maghribi kerana dianiaya oleh Kerajaan Abbasiyah. Beliau kemudiannya mendirikan Kerajaan dinasti Idrisiyah dalam tahun 789 M. Anaknya Maula Idris II (809),[3] membina penempatan pada tebing bersebelahan dan kedua-dua penempatan ini kemudiannya berkembang menjadi dua penempatan yang bersendirian dan bertembok, dan diperintah secara autonomi: Fes menjadi tumpuan imigran Islam dari Cardova dan Qairawan.

Selain menjadi pusat gerakan politik dan agama dalam melawan penjajahan Perancis pada awal abad ke- 20, Fes juga menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan dengan adanya Universiti-Masjid Qairawan.. Gerbang kota Fes, merupakan salah satu gambaran kebesaran kota ini pada abad pertengahan. Fes juga sarat dengan peninggalan lainnya yang masih dapat kita lihat sehingga kini.


IDRISIYAH

Selama 300 tahun sejak didirikan, Fes dikuasai Kerajaan Idrisiyah, Fes kemudian jatuh ke tangan al- Murabitun pada 1075 dan al-Mwahhidun pada 1145. Pada 1248, Fes direbut oleh Kerajaan Mariniyah dan dijadikan ibu kota. Ketika kaum Saadiah berkuasa, mereka memilih Marakesh sebagai ibu kota. Ketika Sultan Maghribi, Abdul Aziz bin Hassan naik takhta, Fes kembali menjadi ibu kota. Namun pada 1911, kota ini dikuasai oleh Perancis.


UNIVERSITI QAIRAWAN

Kewujudan Masjid dan Universiti Qairawan menjadikan Fes terkenal sebagai pusat kajian Islam. Peninggalan lain berupa kota, pintu gerbang, istana dan madrasah masih dapat ditemukan sekarang ini.

Sejumlah madrasah tidak lagi berfungsi selain sebagai tempat ibadat. Meskipun sejumlah karya seni di kota ini telah hilang keasliannya, namun Fes tetap menggambarkan sebuah kota besar kuno yang pernah terkenal. Masjid Qairawandi kota Fez dibina pada masa Yahya I bin Muhammad dari kerajaan Idrisiyah. Masjid ini dapat menampung hampir 10,000 jemaah.


PUSAT KEMERDEKAAN

Ketika ini, peranan Fes sebagai sebuah kota negara yang utama telah berkurangan meskipun masih menjadi ibu kota wilayah. Peranannya sebagai pusat pemerintahan telah digantikan oleh Rabat, manakala Casablanca telah menggantikannya sebagai pusat perdagangan Negara. Namun keluarga terkemuka dari Fes masih memainkan peranan di kalangan elit politik Maghribi. Fes sebagai pusat sejarah nasional dan pusat keagamaan Islam. Selain masjid, kota Fes ada banyak bangunan madrasah, kewujudan Madrasah Buinaniyah dan madrasah yang lain membuatkan kota Fes dikenal sebagai pusat kebudayaan dan pendidikan.


GERAKAN KEMERDEKAAN

Ketika Perancis berkuasa di Maghribi, muncul gerakan penentangan yang berasaskan agama untuk melawan Perancis di Fes. Sebagai pusat keagamaan, Fes menjadi tempat munculnya protes keagamaan dari gerakan Salafiyah dan pemberontakan golongan nasionalis. Betapa aksi demonstrasi penting berlansung di sana, dan para pemimpinnya berperanan penting dalam gerakan kemerdekaan Maghribi. Kepemimpinan Parti Kemerdekaan Parti Kemerdekaan juga disusun terutama oleh golongan elit politik dari Fes.

Fes beriklim Mediterranean. Terletak berdekatan Gunung Atlas, Fes memiliki iklim bermusim, sejuk dan kadang kala hujan pada musim sejuk dan kering dan panas pada musim panas (Jun ke September). Suhu tinggi pada musim sejuk hanya mencapai 16°C pada bulan Disember–Januari.

  1. ^ Morocco 2004 Census
  2. ^ "History of Fes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-16. Dicapai pada 2012-12-18.
  3. ^ Encyclopædia Britannica. 2007. Britannica Concise Encyclopedia. 3 Mar. 2007

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]