Kiwi
Kiwi کيوي | |
---|---|
Kiwi Perang Pulau Utara (Apteryx mantelli) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Apterygidae G.R. Gray, 1840
|
Genus: | Apteryx Shaw, 1813
|
Spesies | |
Apteryx haastii Kiwi Berbintik Besar | |
The distribution of each species of kiwi | |
Sinonim | |
Stictapteryx Iredale & Mathews, 1926 |
Kiwi ialah mana-mana spesies burung tidak boleh terbang daripada genus Apteryx (genus yang tunggal dalam keluarga Apterygidae). Dengan saiznya sekitar saiz ayam, kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup. Semua spesies burung kiwi tergolong dalam spesies terancam. Burung kiwi ialah burung endemik di New Zealand dan merupakan simbol negara tersebut.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Istilah Kiwi {kē'wē Pr: kee-wee] berasal daripada bahasa Maori (1825-35)[1] yang turut meujuk kepada panggilan burung itu.[2]
Penemuan dan pendokumenan
[sunting | sunting sumber]Spesimen burung kiwi pertama yang dikaji oleh orang Eropah merupakan kulit burung yang diberikan kepada George Shaw oleh Kapten Andrew Barclay di dalam kapal Providence pada sekitar tahun 1811. Kulit itu dilaporkan diberikan oleh seorang pemburu anjing laut di Pelabuhan Sydney. George Shaw memberikan nama saintifik kepada burung kiwi serta juga membuat lakaran tentang rupa Burung Kiwi yang hidup, sebagaimana dibayangkannya. Lakarannya muncul dalam plat 1057 dan 1058 di dalam The Naturalist's Miscellany, Jilid 24, pada tahun 1813.
Hubungannya dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Maori di New Zealand menganggap haiwan tersebut berada di bawah perlindungan dewa hutan mereka, Tane Mahuta. Bulu-bulu dari burung ini terutamanya digunakan untuk membuat kain mantel istimewa yang bernama kahu kiwi[3]. Kain sebegini masih dihasilkan pada zaman kini, namun kaum tersebut memperolehi bulu-bulu yang dikehendaki melalui cara lain yang berperikemanusiaan seperti daripada kiwi dalam kurungan, mahupun bangkai burung yang mati akibat kemalangan atau aktiviti pemangsa.[4]
Status haiwan ini sebagai burung kebangsaan New Zealand bermula sejak lewat kurun ke-19 apabila ia tertera pada lencana yang dipakai askar-askar dari negara tersebut. Penggunaannya mencapai populariti yang tinggi semasa Perang Dunia Pertama, di mana 'kiwi' menjadi panggilan untuk bukan sahaja rakyat New Zealand yang merantau tetapi juga mereka yang tinggal di negara pulau itu.[5]
Gambar burung kiwi dipaparkan atas pesawat-pesawat milik Tentera Udara New Zealand sebagai logo angkatan tersebut, serta duit syiling satu dolar New Zealand (yang juga dikenali dengan gelaran 'kiwi'[6]).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006
- ^ The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition Copyright © 2006 by Houghton Mifflin Company
- ^ "Kiwi and people: early history", Te Ara, NZ: The Government
- ^ New Zealand Embassy and Smithsonian National Zoo host handover ceremony to return kiwi feathers to New Zealand, New Zealand Ministry of Foreign Affairs and Trade
- ^ "A kiwi country", Te Ara
- ^ "Kiwi falls after Wheeler talks down intervention, QE". The National Business Review. NZ. 27 October 2012. Dicapai pada 27 October 2012.
- Bizarre and Beautiful Noses. Sante Fe, New Mexico: John Muir Publications, 1993.
- Burbidge M.L., Colbourne R.M., Robertson H.A., and Baker A.J. (2003). Bukti molekul dan bukti biologi yang lain menyokong pengecaman sekurang-kurangnya tiga spesies Burung Kiwi Perang. Conservation Genetics Diarkibkan 2008-11-21 di Wayback Machine, 4(2):167-177
- Cooper, Alan et al (2001). Jujukan genom mitokondrion yang lengkap untuk dua moa yang pupus memberikan keterangan tentang evolusi ratit. Nature, 409: 704-707.
- News In Science
- NHNZ memiliki filem Kiwi a Natural History, filem dokumentari televisyen 60-minit yang diterbitkan pada tahun 1991.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kiwi |
- Great Spotted Kiwi Diarkibkan 2007-06-14 di Wayback Machine - ARKive
- Kiwi: New Zealand Department of Conservation
- H.A. Robertson (2003). "Kiwi (Apteryx spp.) recovery plan 1996–2006. (Threatened Species Recovery Plan 50)" (PDF). Department of Conservation, Wellington, New Zealand. Dicapai pada 2007-09-19.
- Save The Kiwi Diarkibkan 2008-07-23 di Wayback Machine (dahulunya, Kiwi Recovery)
- Willowbank Wildlife Reserve, Christchurch, New Zealand Diarkibkan 2006-10-10 di Wayback Machine
- Encylopedia: Masukan "Burung Kiwi" Diarkibkan 2006-09-02 di Wayback Machine
- Halaman TerraNature tentang Burung Kiwi
- How the Kiwi Lost his Wings Diarkibkan 2016-06-04 di Wayback Machine (legenda Maori)