Kuih lompang
Kuih Lompang کوءيه لومڤڠ | |
---|---|
Nama alternatif | Kuih kosui |
Jenis | Kuih |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Asia tenggara |
Masakan berkaitan | kuih Nyonya |
Suhu penghidangan | suhu bilik |
Bahan utama | tepung beras, tepung ubi kayu, air limau, gula melaka, pandan |
Hidangan serupa | Mont kywe the, Kutsinta |
sunting · sunting di Wikidata |
Kuih lompang merujuk kepada sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia biasanya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang / lompang dibahagian tengah. Pada kebiasaannya kuih lompang bewarna-warni. Kuih Lompang merupakan sejenis kuih yang dikukus, dengan itu adalah menyihatkan kerana tidak mempunyai minyak. Kuih Lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung ubi. Boleh didapati dalam warna coklat atau pelbagai warna yang lain. Kuih Lompang merupakan sajian makanan ringan yang dimakan dengan kelapa parut muda yang ditabur diatasnya.
Asal
[sunting | sunting sumber]Tidak diketahui.
Nama
[sunting | sunting sumber]Namanya timbul dari bentuk kuih yang mempunyai lompang atau lekukan dibahagian tengah. Ia juga dikenali sebagai kuih kosui[1], atau kuih Kaswi.[2]
Penyebaran
[sunting | sunting sumber]Kuih lompang biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Kuih lompang biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama kerana ia dihidangkan bersama kelapa parut. Kelapa perlu diasingkan untuk disimpan. Pada kebiasaannya ia dihasilkan dengan pelbagai warna bagi menambahkan kemeriahan.
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Kuih lompang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, dan sedap rasanya. Sungguhpun ia mempunyai kelapa yang mungkin meremehkan, ia mudah dijaga agar tidak bersepah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Resepi Gula Melaka Kuih Lompang Diarkibkan 2010-02-01 di Wayback Machine
- (Inggeris) Mortar Steamed Cakes/Kuih Lompang