Pergi ke kandungan

It (filem 2017)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
It
PengarahAndy Muschietti
Lakon layar
BerdasarkanIt oleh
Stephen King
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiChung-hoon Chung
Disunting olehJason Ballantine
Muzik olehBenjamin Wallfisch
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
Masa tayangan
135 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
BajetUSD 35 juta[2]
Pecah panggung$USD 179.2 juta[3]

It atau judul kemudiannya It: Chapter One merupakan filem seram Amerika Syarikat 2017 arahan Andy Muschietti, berdasarkan novel berjudul sama karya Stephen King melalui lakon layar nukilan Chase Palmer, Cary Fukunaga dan Gary Dauberman.[4][5]

Filem ini mendapat tayangan perdana Los Angeles pada 5 September 2017 sebelum ditayangkan di panggung-panggung wayang serata Amerika Syarikat pada 8 September 2017.[6][7] Ia berjaya mengutip USD179 juta secara keseluruhan, malah menerima pujian dari pengkritik filem yang mengulas dari segi aspek lakonan, pengarahan dan jalan cerita yang sejiwa atau seiring dengan novel asal sehingga dipersetujui ramai sebagai antara filem adaptasi novel Stephen King yang terbaik.[8]

Sekuel filem ini yang diberi judul It – Chapter Two, diterbitkan tanggal 6 September 2019.[9]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 1988, seorang remaja bernama Bill Denbrough (Jaeden Lieberher) memberikan sebuah perahu layar kertas kepada adiknya yang berusia tujuh tahun, Georgie (Jackson Robert Scott). Georgie bermain perahu tersebut ketika hujan deras di luar rumahnya, di sepanjang jalan di kota kecil Derry. Namun Georgie kecewa ketika perahu tersebut jatuh ke selokan berparit. Saat dia mencuba untuk mengambilnya, Georgie melihat eorang badut memegang perahu tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai "Pennywise si Badut" (Pennywise the Clown, Bill Skarsgård). Pennywise memujuk Georgie untuk mendekatinya - Pennywise segera menggigit lengannya hingga putus dan menyeretnya ke selokan.

Musim panas berikutnya, Bill dan tiga temannya, Richie Tozier (Finn Wolfhard), Eddie Kaspbrak (Jack Dylan Grazer) dan Stan Uris (Wyatt Oleff) tersempak Henry Bowers (Nicholas Hamilton) dan gengnya. Bill yang masih dihantui oleh hilangnya Georgie dan diabaikan oleh orang tuanya yang masih berduka, menemukan bahawa tubuh adiknya mungkin terdampar di tanah tandus yang disebut "Barrens". dia dan tiga temannya berusaha menyelidikinya, percaya bahawa adiknya mungkin masih hidup.

Ben Hanscom (Jeremy Ray Taylor) mengetahui bahawa kota Derry telah diancam tragedi yang tidak dapat dijelaskan dan setiap anak menghilang selama berabad-abad. Ben menjadi sasaran geng Henry kerana gemuk, kemudian dia melarikan diri ke Barrens dan bertemu dengan kelompok Bill. Mereka menemukan kasut sneaker dari seorang gadis yang hilang, sementara salah satu anggota kelompok Henry, Patrick Hockstetter (Owen Teague), dibunuh oleh Pennywise saat mengejar dan mencari Ben di selokan.

Beverly Marsh (Sophia Lillis), seorang gadis yang disisihkan berikutan suatu insiden gangguan seksual, juga bergabung dengan kelompok Bill. Baik Bill dan Ben memiliki perasaan terhadap Beverly. Kemudian, kelompok tersebut berteman dengan siswa homeschooling bernama Mike Hanlon (Chosen Jacobs) setelah mereka membelanya dari geng Henry. Sementara setiap anggota kelompok telah mengalami fenomena mengerikan dalam berbagai sosok, termasuk badut yang mengancam, anak laki-laki tanpa kepala, kucuran darah, pria penderita kusta yang membusuk, sebuah lukisan menyeramkan yang mulai hidup, orang tua Mike terbakar hidup-hidup dan hantu Georgie.

Ketika mereka menamai kelompok mereka "The Losers Club", mereka menyadari bahawa mereka semua diteror oleh sosok yang sama. Mereka menyebut bahawa Pennywise (atau disebut "It") dapat mengubah penampilannya dari apa yang mereka takuti dan bangun setiap 27 tahun sekali untuk memakan anak-anak di kota Derry sebelum kembali berhibernasi, lalu dia bergerak menggunakan saluran pembuangan, yang semuanya mengarah ke sumur yang saat ini berada di bawah rumah tua dan menyeramkan di 29 Neibolt Street. Setelah diserang oleh Pennywise, kelompok tersebut berusaha masuk ke rumah tersebut dan melawannya, namun mereka terpisah dan diganggu. Lengan Eddie patah dan Pennywise memberitahu Bill tentang Georgie. Saat mereka berkumpul kembali, Beverly menusuk kepala Pennywise, memaksa Pennywise mundur. Namun, setelah serangan Pennywise tersebut, kelompok Bill mulai pecah, hanya Bill dan Beverly yang mampu melawannya.

Beberapa minggu kemudian, setelah Beverly melawan dan melumpuhkan ayahnya yang kasar, dia diculik oleh Pennywise. Mengetahui hal ini, The Losers Club berkumpul dan kembali ke rumah Neibolt untuk menyelamatkannya. Henry, yang telah membunuh ayahnya setelah dipaksa menjadi gila oleh Pennywise, menyerang kelompok tersebut. Mike melawan dan mendorong Henry ke sumur hingga meninggal. The Losers Club turun ke selokan dan menemukan Pennywise di sarang bawah tanah, yang berisi tumpukan alat peraga sirkus yang membusuk dan barang-barang milik anak-anak, di mana tubuh anak-anak yang hilang mengapung di udara. Beverly, yang saat ini kaku dan mentalnya terganggu kerana disihir oleh Pennywise, kembali sadar saat Ben menciumnya. Bill bertemu Georgie, namun dia menyedari bahawa kelibat Georgie sebenarnya samaran penjelmaan Pennywise. Pennywise menyerang mereka dan membawa Bill sebagai tebusan; dia menawarkan pengampunan untuk mereka jika mereka membiarkan Pennywise menahan Bill. Mereka menolak tawaran Pennywise, menegaskan kembali persahabatan mereka dan melawan semua ketakutan mereka. Setelah suatu pertarungan brutal, mereka mengalahkan Pennywise dan memaksanya mundur. Bill menyatakan bahawa Pennywise akan kelaparan selama hibernasinya. Kemenangan mereka disambut tidak lama - Bill akhirnya mendapati adiknya mati dibaham, dia ditenangkan teman-temannya.

Seiring berakhirnya musim panas, Beverly memberitahu kelompok tersebut penglihatan yang dimilikinya ketika dia disihir oleh Pennywise, di mana dia melihat The Losers Club melawan makhluk itu ketika mereka dewasa. The Losers Club bersumpah darah bahawa mereka akan kembali ke kota Derry sebagai orang dewasa jika Pennywise kembali dan menghancurkan makhluk itu untuk selamanya. Stan, Eddie, Richie, Mike dan Ben memgucapkan perpisahan mereka dan kelompok itu bubar. Beverly memberitahu Bill bahawa dia akan pergi keesokan harinya untuk tinggal bersama bibinya di Portland. Sebelum dia pergi, Bill mengungkapkan perasaannya kepada Beverly - mereka berciuman selaamt jalan sebelum membawa diri masing-masing.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

The Losers Club - sekumpulan remaja yang ingin balas dendam terhadap kerakusan "It"[14][15]

Watak-watak lain

Penerimaan kritis

[sunting | sunting sumber]

Film It mendapatkan review positif dari para kritikus. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini memiliki rating 85% berdasarkan 321 ulasan dengan rating rata-rata 7.2/10.[21] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapatkan skor 69 dari 100 berdasarkan 49 ulasan utama menunjukkan "penermaan yang baik".[22] Berdasarkan CinemaScore, filem ini mendapatkan nilai "B+" dari penonton filem untuk skala A+ sampai F.[23]

Kutipan panggung

[sunting | sunting sumber]

It meraih $327,481,748 di Amerika Utara dan $372,900,000 di pasaran luar negara. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $700,381,748 melebihi anggaran produksi filem sebanyak $35 juta.[3]

Pada pembukaan akhir minggu, filem ini mendapatkan $123,403,419, menempati posisi teratas di box office.[3]

  1. ^ "IT". British Board of Film Classification. Retrieved August 2, 2017
  2. ^ "With new adaptation of 'It,' New Line Cinema hopes to continue horror winning streak". Los Angeles Times. September 5, 2017.
  3. ^ a b c "It (2017)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 10, 2017.
  4. ^ Warner Bros Editors (Januari 14, 2017). "IT - Warner Bros". Warner Bros. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 18, 2017. Dicapai pada Januari 16, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ IGN Editors (March 3, 2015). "STEPHEN KING'S IT DIRECTOR CARY FUKUNAGA SEEKS THE "PERFECT" PENNYWISE FOR REMAKE". IGN. Dicapai pada October 16, 2016.
  6. ^ Hooton, Christopher (Mac 29, 2017). "IT's first trailer introduces terrifying new version of Stephen King's clown Pennywise". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 30, 2017. Dicapai pada Mac 31, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Trumbore, Dave (Mac 29, 2017). "First 'It' Movie Trailer Unleashes Pennywise". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 31, 2017. Dicapai pada Mac 31, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Rahman, Abid (September 6, 2017). "'It': What the Critics Are Saying". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 6, 2017.
  9. ^ McClintock, Pamela (25 September 2017). "'It' Sequel Gets September 2019 Release Date". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 25 September 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Kroll, Justin (Jun 2, 2016). "'It' Reboot Taps 'Hemlock Grove' Star Bill Skarsgard to Play Pennywise the Clown". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 30, 2016. Dicapai pada Jun 27, 2016.
  11. ^ Kit, Borys (Jun 2, 2016). "Stephen King's 'It' Adaptation Finds Its Pennywise the Clown (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 22, 2016. Dicapai pada Jun 27, 2016.
  12. ^ Robinson, Will (Jun 2, 2016). "Stephen King's It in final talks with Bill Skarsgard for Pennywise". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 14, 2016. Dicapai pada Jun 28, 2016.
  13. ^ Ellen, Tom (Disember 29, 2016). "Tom Ellen's Empire Interview - IT with Andrés Muschietti". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 23, 2017. Dicapai pada Mac 23, 2017.
  14. ^ a b Ledford, Jon (Jun 2, 2016). "Stephen King's It finds its Pennywise". Looper. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 8, 2016. Dicapai pada Jun 27, 2016.
  15. ^ a b The Guardian Editor (September 8, 2017). "The IT crowd: who's who in the 2017 film – in pictures". The Guardian. Dicapai pada October 20, 2017.
  16. ^ Kroll, Justin (Jun 2, 2016). "'It' Remake to Star 'Midnight Special's' Jaeden Lieberher". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 1, 2016. Dicapai pada Jun 27, 2016.
  17. ^ Yamato, Jen (September 7, 2017). "'It' delivers nightmarish visuals but misses the true horror of Stephen King's classic". The Los Angeles Times. Dicapai pada October 20, 2017.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Beverly
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama leader
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Club
  21. ^ "It (2017)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada January 2, 2018.
  22. ^ "It reviews". Metacritic. Dicapai pada January 2, 2018.
  23. ^ "CinemaScore". cinemascore.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]