M. Rafiee
M. Rafiee | |
---|---|
Kelahiran | Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 16 September 2010 (berumur 85–86) Changi, Singapura |
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1955–1968 |
Terkenal kerana | ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga. |
M. Rafiee atau nama sebenarnya Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair (1924 – 16 September 2010) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura yang membintangi filem Melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah membintangi filem Seniman Bujang Lapok dan Madu Tiga bersama P. Ramlee. M. Rafiee juga diingati dengan dialog '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dimana ketika dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu secara tiba-tiba berada di atap rumahnya, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada jam 7.51 malam, 16 September 2010 di usia 86 tahun akibat sakit tua selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Besar Changi, Singapura.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1955 | Abu Hassan Penchuri | Hulubalang Istana Baghdad | Filem pertama |
1957 | Pancha Delima | Buloh Runcing | |
Seruan Darah | |||
Bujang Lapok | Pelanggan Restoran | ||
1958 | Sumpah Orang Minyak | Kawan Buyong | |
Sarjan Hassan | Kawan Aziz | ||
Taufan | Rafi | ||
Doktor | Omar | ||
Sri Menanti | |||
1959 | Batu Belah Batu Bertangku | Pengawal Datuk Hitam | |
Musang Berjanggut | Pengkhianat Pura Cendana | ||
Nujum Pak Belalang | Kadok | ||
Pendekar Bujang Lapok | Pekerja Taukeh Sampan Rafi | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Pemandu Ungku Zaleha | |
Isi Neraka | Busu | ||
Pertarongan | Jambung | ||
1961 | Sri Tanjung | ||
Ali Baba Bujang Lapok | Penyamun bin Kahar | ||
Seniman Bujang Lapok | Jiran Ramlee, Aziz dan Sudin | Penampilan khas | |
Singapura Dilanggar Todak | konco 2 | ||
Si Tanggang | Anak Kapal | ||
1962 | Norlela | Raja Tading Naurat Sultan Abdul Hamid | |
Ibu Mertua-ku | Abang Ali | ||
Lubalang Daik | Bagok | ||
1963 | Darah Muda | Hamid | |
Kasih Tanpa Sayang | Rafie | ||
1964 | Madu Tiga | Rafi | |
1965 | Bidasari | Mubarak | |
Dayang Senandong | Panglima Istana | ||
1966 | Gerak Kilat | Pengikut Komander G-Man | |
Sri Andalas | Datuk Rampang | ||
1967 | A-Go-Go '67 | Rafi | |
Jebak Maut | Samseng Kuncu 2 | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Panglima Santa | Filem terakhir |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kemalia Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010: Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar Online. Dicapai pada 9 November 2010.