Pergi ke kandungan

Meor Shariman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meor Shariman
Kelahiran
Meor Shariman bin Meor Shafie

1970 (1970)
Meninggal dunia17 Mac 2013(2013-03-17) (umur 42–43)
Sebab kematiankanser usus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, Malaysia
PekerjaanJururunding skrip
Wartawan
Penulis skrip
Tahun aktif2006–2013
SaudaraSaliza Meor Shafie (adik)

Meor Shariman bin Meor Shafie (1970 – 17 Mac 2013) merupakan seorang jururunding skrip, wartawan dan penulis. Beliau juga merupakan penulis akhbar tempatan.

Penulisan

[sunting | sunting sumber]

Meor Shariman Bin Meor Shafie meninggal dunia pada 17 Mac 2013 kerana mengidap penyakit kanser usus.

Allahyarham meninggal dunia di usia 43 tahun di kediaman keluarganya di Putrajaya jam 6.20 pagi. Adiknya, Saliza Meor Shafie, 31 tahun berkata keadaan abangnya mula tenat sejak tengah malam dan menghembus nafas terakhir di depan ibu mereka. Allahyarham sempat mengupload gambar terakhir di Twitter miliknya yang menggambarkan keadaan beliau yang sangat kurus dan tidak bermaya melawan kanser.

Menurut adiknya lagi kepada Harian Metro, keluarganya redha dengan pemergian anak sulung daripada empat adik beradik itu yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Jenazah Allahyarham Meor Shariman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.