Pergi ke kandungan

SKS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senapang jenis Simonov SKS (Samozaryadnyj Karabin Simonova = Simonov Self-loading Carbine) adalah sejenis senapang karbin separa automatik yang dicipta oleh pencipta Soviet Union bernama Sergei Gavrilovich Simonov (1894 - 1986). Prototaip SKS dibuat pada awal tahun 1945, dan diuji di medan tempur dalam peperangan menentang tentera Jerman.

Selepas tahun 1945, karbin SKS dan katsksy6 rij pelurunya diperbaiki dan diterima untuk kegunaan tentera Soviet dalam tahun 1949 bersama-sama senapang tempur AK-47. SKS diguna dengan meluas sehingga tahun 1970-an dan selepas itu mula ditarik balik dari kegunaan utama dan kini sama ada disimpan dalam simpanan ataupun telah dilupuskan sepenuhnya oleh pengguna-penggunanya. Walaupun demikian, senapang SKS ini masih digunakan untuk upacara istiadat rasmi oleh Pasukan Pengawal Kehormat Tentera Rusia (Russian Honor Guards).

Senapang SKS dapat dikenalpasti kepada beberapa versi,iaitu:

  • Type 56 (Buatan China;masih lagi digunakan oleh sebilangan negara)
  • PAP 59 (Buatan Yugoslavia)
  • PAP 59/66 (Buatan Yugoslavia;senapang ini dipasang dengan pelancar grenad 22mm)
  • Type 1 (Buatan Vietnam; Versi yang paling jarang sekali dilihat)
  • Karabiner-S (Buatan Jerman Timur)
  • Senapang 10 Julai (July 10 Rifle) (Buatan Albania)
  • Type 63 (Buatan Korea Utara)
  • ksS (Buatan Poland)

Negara Pengguna

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d Miller, David (2001). The Illustrated Directory of 20th Century Guns. Salamander Books Ltd. ISBN 1-84065-245-4.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj Jones, Richard D. Jane's Infantry Weapons 2009/2010. Jane's Information Group; 35 edition (January 27, 2009). ISBN 978-0710628695.
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hogg2002

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]