Senario XX
Senario XX | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Lakon layar | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Sinematografi | Ramli Long |
Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Muzik oleh | Azman Abu Hassan |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.82 juta |
Pecah panggung | RM2.32 juta |
Senario XX ini ialah filem komedi cereka sains fiksyen fantasi Malaysia 2005 dan merupakan filem kelima Kumpulan Senario dan telah ditayangkan pada 19 Mei 2005. Filem ini digelar XX kerana filem ini ialah filem ke-20 (XX) terbitan Grand Brilliance. "XX" dalam judul filem ini juga merujuk kepada filem XX Ray (1992). Kos pembikinan filem ini ialah RM1.82 juta dan berjaya mendapat kutipan RM2.32 juta. Saiful Apek memegang watak jahat dalam cerita ini
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Zoragon berasal dari planet Marikh. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus. Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk menghalaunya. Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Wahid Senario sebagai Zoragon / Wan Zaman
- Saiful Apek sebagai Jeneral Zoragas (antagonis utama)
- Nur Fazura sebagai Siti
- Lan Pet Pet sebagai Rosman
- Azlee Jaafar sebagai Wak Kernal
- Yassin Yahya sebagai Zoragon / Mat Top
- Siti Fazurina sebagai Zolidia
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Wahid Satay sebagai Tok Ketua
- Aripah Damanhuri sebagai Wanita Kampung 1
- Dina Farisya sebagai Wanita Kampung 2
- Lazizah Ahmad sebagai Ibu Siti
- Chef Wan sebagai Ayah Siti
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Rosyam Nor sebagai Dirinya sendiri / Rosman dua watak salah satu dialih suara oleh lan pet pet
- Aziz M. Osman sebagai Penduduk Kampung
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Johan Abdullah sebagai Tetamu Jemputan
- Raja Farah sebagai Tetamu Jemputan
- Ziema Din sebagai Tetamu Jemputan
- Datuk Chi Gayat sebagai Orang Tetamu Jemputan
- Paklong Rashid sebagai Tetamu Jemputan Terhormat
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Saiful Apek dan Yassin Yahya bukan lagi ahli Senario dalam filem ini. Yassin terlebih dahulu meninggalkan kumpulan Senario atas sebab kes mahkamah, Saiful pula bergerak solo mulai 2004 selepas filem Lang Buana ditayangkan. Seperti filem-filem Senario sebelumnya di mana mereka masih lagi ahli. Ini juga kali terakhir mereka muncul dalam francais filem Senario
- Setelah kali terakhir membuat penampilan di dalam Lagi-Lagi Senario, Yassin Yahya kembali berlakon di dalam francais filem Senario. Meskipun peranannya terhad kerana memegang watak pemuda bisu bernama Mat Top.
- Watak Wan Zaman yang popular dengan trademark Apa Ke Hey? (Apa ke hal?) sebenarnya parodi kepada personaliti TV, Wan Kamaruddin pada ketika itu yang popular dengan isu-isu panas dalam Edisi Siasat di NTV7.[1] Apa ke jadahnya? adalah trademark yang sinonim dengan beliau dan masih popular hingga ke hari ini.
- Semasa Zoragon mencari penyelesaian bagaimana hendak pulang ke planet asal, dia buntu kerana kapal angkasanya sudah rosak. Rosman pula berkata Malaysia akan menghantar angkasawan pertama ke Angkasa Lepas tapi tidak tahu bila. Tahun 2006 pencarian Angkasawan Malaysia pertama pun bermula dan 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di ISS- Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki kapal angkasa Russia Soyuz TMA-11.
- Zoragas dan Zolidia yang dilakonkan oleh Saiful Apek dan Siti Fazurina memakai kostum serba hitam. Mirip ejen Men in Black yang mencari makhluk asing. mereka adalah watak antagonis filem ini.
- Marang prapu kepunden parang skepper' nama spesies kucing di planet Zuhal merujuk kepada panggilan Ramlee kepada Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapok bilamana Sudin memakai pakaian askar Siam dan memegang watak menteri Marang Prapu Kepunden Parang Skepper.
- Meskipun skala Kapal Angkasa Zoragas dan Zoragon berskala besar tetapi apabila berada dalam kapal itu ruang dalamannya sangat sempit. Tidak pernah ditunjukkan babak bagaimana mereka masuk ke kapal itu kerana jelas sekali tiada pintu!
- Filem ini dipawagam pada Mei 2005, 2 filem terdahulu dipasarkan pada hujung tahun. kali terakhir Senario dipasarkan pada pertengahan tahun ialah filem Senario Lagi 2000.
- Filem ini merupakan filem pertama Azlee Jaafar memegang watak Bomoh, filem berikutnya adalah Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Nongkrong
- Filem ini juga merupakan filem terakhir Wahid Satay dalam dunia lakonan sebelum beliau bersara.
- Walaupun Rosyam Nor membuat penampilan khas dalam filem ini, dia turut menyebut beberapa filem nya seperti Lenjan , Berlari ke langit , Kl Menjerit, Gangster, Castello, Janji Diana dan Laila Isabella.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Anugerah Era 2005 | Pilihan Kaki Wayang ERA | Ahmad Puad Onah & Lazizah Ahmad | Tercalon |