Pergi ke kandungan

Pertempuran Alesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Alesia atau Kepungan Alesia adalah konflik yang berlaku pada September 52 SM sekitar Gallic oppidum di Alesia, pusat bandar utama dan kota bukit puak Mandubii, terletak kemungkinannya di Chaux-des-Crotenay (Jura). Penyelidikan awal meletakkan Alesia di puncak Gunung Mont Auxois, atas Alise-Sainte-Reine moden di Perancis, tetapi lokasi ini tidak bersesuaian dengan gambaran Caesar mengenai pertempuran tersebut. Alise-Sainte-Reine masih merupakan lokasi rasmi Alesia. Pertempuran ini berlaku antara tentera Republik Rom diperintah oleh Julius Caesar, dibantu oleh komander kavalri Marcus Antonius, Titus Labienus dan Gaius Trebonius, melawan persekutuan puak Gallic bersatu di bawah pimpinan Vercingetorix dari Averni. Alesia merupakan pertempuran utama antara Gauls dan Rom dan menandakan titik perubahan dalam Perperangan Gallic pada Rom. Pengepungan Alesia dianggap sebagai salah satu pencapaian ketenteraan Caesar teragung dan masih merupakan salah satu contoh pertempuran kepungan dan circumvallation. Kejadian ini digambarkan oleh beberapa penulis semasa, termasuk Caesar sendiri dalam De Bello Gallico. Selepas kemenangan Rom, Gaul (secara kasar Perancis moden) ditundukkan dan menjadi Jajahan Rom. Bantahan Senat Rom bagi membenarkan Caesar penghormatan triumph bagi kemenangannya dalam Peperangan Gallic akhirnya mambawa, sebahagiannya, kepada perperangan saudara Rom 50 SM-45 SM.

Permulaan

[sunting | sunting sumber]

Julius Caesar telah berada di Gaul semenjak 58 SM. Adalah menjadi adat bagi konsul, pegawai lantikan tertinggi Rome, pada akhir tahun sebagai konsul, untuk dilantik sebagai gobernor salah satu jajahan Rom oleh Senat Rom, dan berikutan jawatan konsul pertamanya pada tahun 59 BC, Caesar dilantik sebagai gobernor Cisalpine Gaul (kawasan antara Alps, Apennines dan Adriatic), dan Transalpine Gaul ("Gaul di luar Alps"). Dengan promagistrasi imperium, dia mempunyai kuasa mutlak dalam jajahan tersebut.

Caesar mengalahkan puak Gallic satu demi satu seperti Helvetii, Belgae atau Nervii, dan mendapatkan sumpah setia sekutu (pledge of alliance) kebanyakan yang lain. Kejayaan dalam Perang Gallic membawa sejumlah besar kekayaan kepada Republik dalam bentuk harta rampasan dan tanah baru untuk dikenakan cukai. Caesar sendiri menjadi amat kaya, kerana sebagai jeneral, dia mendapai kelebihan dari penjualan tahanan perang. Tetapi kejayaan dan kemashyuran turut membawa musuh. Triumvirate Pertama, gabungan politik (walaupun tidak rasmi) dengan Pompey dan Crassus, berakhir pada 54 BC, dengan kematian Julia (anak perempuan Caesar dan isteri Pompey) dan Crassus dalam pertempuran Carrhae. Tanpa kaitan politik dengan Pompey, mereka seperti Marcus Porcius Cato yang Muda memulakan kempen menentang Caesar, menimbulkan rasa syak dan menuduhnya sebagai ingin menumbangkan republik dan menjadi raja Rom.


Pada musim sejuk 54-53 BC, puak Eburones yang dahulunya aman, dibawah pemerintahan Ambiorix, memberontak menentang penjajahan Rom dan memusnahkan legion keempat belas dalam serangan hendap yang dirancang dengan rapi. Ini merupakan satu pukulan hebat bagi strategi Caesar di Gaul, kerana dia sekarang kehilangan satu per empat daripada tenteranya, dan evolusi politik di Rom menjadikan tiada harapan baginya mendapatkan tentera bantuan dari Rom. Pemberontakan Eburones merupakan kekalahan Rom pertama yang jelas dan menimbulkan perasaan kebangsaan meluas dan pemberontakan yang meluas. Ia hampir mengambil masa setahun, tetapi Caesar berjaya merampas kawalan Gaul dan mengamankan puak di sana. Bagaimanapun, pergeseran di Gaul tidak berakhir. Puak-puak Gallic sekarang ini menyedari bahawa hanya dengan bersatu, boleh mereka mencapai kemerdekaan dari Rom. Persidangan Ahli Majlis (general council) diadakan di Bibracte dimulakan oleh Aedui, suatu masa merupakan penyokong setia Caesar. Hanya Remi dan Lingones cenderung mengekalkan sekutu mereka dengan Rom. Majlis Dewan (council) mengistiharkan Vercingetorix, salah seorang ketua puak Averni, komander bagi tentera Gallic bersatu.

Caesar ketika itu berkhemah musim sejuk di Cisalpine Gaul, tidak menyedari mengenai persekutuan yang ditubuhkan menentangnya. Isyarat masalah pertama datangnya dari Carnutes yang membunuh semua peneroka Rom di bandar Cenabum (Orléans moden). Keganasan ini diikuti pula dengan penyembelihan kesemua warganegara Rom, pedagang dan peneroka di semua bandar Gallic utama. Mendegarkan berita ini, Caesar dengan cepat menggerakkan orang-orangnya dan menyeberangi Alps, yang masih diselitupi salji, menuju pusat Gaul. Ini dilakukan dalam tempoh singkat dan Caesar berjaya mengejutkan semua puak Gallic. Dia memecahkan tenteranya kepada empat legion dengan Titus Labienus untuk melawan Senones dan Parisii di Utara. Caesar sendiri mengejar Vercingetorix dengan enam legion dan kalavari sekutu Jermannya. Kedua tentera bertembung di kota bukit Gergovia, di mana Vercingetorix menduduki kedudukan pertahanan yang kuat. Caesar terpaksa berundur bagi mengelakkan kekalahan sepenuhnya, selepas mengalami kerugian teruk. Pada musim panas 52 SM, beberapa pertempuran berlaku antara pasukan berkuda kalavari, dengan Caesar berjaya mengucar-kacirkan tentera Gallic. Vercingetorix memutuskan bahawa masanya belum baik bagi bertemu dalam perang besar-besaran dan berkumpul di kota Mandubii di Alesia.

Pertempuran dan pengepungan

[sunting | sunting sumber]
The Fortifications built by Caesar in Alesia according to the hypothesis of the location in Alise-sainte-Reine
Inbox: cross shows location of Alesia in Gaul (modern France). The open circle shows the weakness in the contravallation line

Alesia merupakan kota atas bukit yang dikelilingi lembah sungai, dengan ciri-ciri pertahanan yang kukuh. Serangan langsung merupakan bunuh diri, Caesar memutuskan untuk kepungan, dengan harapan memaksa tentera menyerah dengan kelaparan. Mengambil kira terdapat 80,000 orang di Alesia, bersama dengan penduduk awam tempatan, ia tidak mengambil masa yang lama. Untuk menjamin kepongan yang sempurna, Caesar memerintah pembinaan set kubu kepongan, dikenali sebagai circumvallation, sekeliling Alesia. Perincian kerja kejuruteraan ini diketahui berdasarkan Commentaries Caesar dan pencarigalian arkhaeologikal dilapangan tersebut. Sekitar 18 kilometre kubu setinggi 4 dibina dalam tempoh hanya tiga minggu. Garis ini diikuti pula dengan dua, paris seluas empat setengah meter, dan sedalam satu setengah meter. Parit berhampiran dengan kubu diisi dengan air dari sungai sekeliling. Ini merupakan kajayaan kejuruteraan utama, tetapi bukannya perkara baru bagi orang yang sebagai curule aedile, pegawai dilantik bagi bandar Rom, yang pernah melencungkan sungai Tiber kedalam Circus Maximus untuk peperangan laut olok-olok, sebagai bentuk hiburan awam. Kubu ini disokong pula dengan perangkap manusia dan lubang dalam di hadapan parit, dan menara peninjau didirikan berjarak tetap dilengkapi dengan artileri Rom.

Pasukan berkuda Vercingetorix sering menyerang kerja pembinaan sebagai usaha menghalang pengepungan sepenuhnya. Pasukan kavalri sokongan Jerman sekali lagi terbukti berguna dan menghalang musuh. Setelah dua minggu pembinaan, sepasukan kavalri Gallic berjaya meloloskan diri melalui bahagian yang belum siap di bina. Menjangkakan pasukan penyelamat akan dihantar, Caesar memerintah pembinaan garis pertahanan kedua, contravallation, menghadap keluar dan mengelilingi tenteranya antara set dinding pertahanan pertama dengan set dinding pertahanan kedua. Garisan kedua serupa dengan yang pertama dari segi reka bentuk dan memanjang sejauh 21 kilometre, termasuk empat kem cavalry. Set kubu pertahanan ini akan melindungi tentera Rom apabila pasukan penyelamat Gallic tiba: mereka sekarang pengepong dan bersedia untuk dikepong.

Pada ketika ini, keadaan kehidupan di Alesia menjadi semakin teruk. Dengan 80,000 tentera dan penduduk tempatan, terlalu ramai manusia terkurung dalam kawasan dataran berebut makanan yang sedikit. Mandubii memutuskan untuk mengusir kanak-kanak dan wanita daripada (citadel), dengan harapan untuk menyimpan makanan untuk pejuang dan berharap Caesar akan membuka ruang untuk membenarkan mereka lalu. Ini juga merupakan peluang bagi menerobos garis Rom. Tetapi Caesar memerintahkan agar tiada apa dilakukan bagi penduduk awam ini dan kanak-kanak dan wanita dibiarkan kelaparan di tanah perantaraan antara dinding bandar dan dinding kepongan (circumvallation). Nasib buruk saudara mereka memburukkan lagi keadaan moral di dalam kota. Vercingetorix berusaha untuk menaikkan semangat, tetapi berhadapan dengan ancaman sebahagian orangnya hendak menyerah kalah. Bagaimanapun, pasukan penyelamat sampai pada saat yang gentir ini, dengan itu mengukuhkan kembali azam mereka yang terkepong untuk terus menentang dan berjuang untuk hari lain.

Pada akhir bulan September, puak Gaul di bawah pemerintahan Commius, menyerang dinding contravallation Caesar. Vercingetorix turut mengarahkan serangan secara serentak dari sebelah dalam. Tiada satupun cubaan ini yang berjaya dan menjelang matahari terbenam pertempuran berhenti. Pada keesokan harinya, serangan Gallic dilakukan pada waktu malam. Kali ini mereka lebih berjaya dan Caesar terpaksa melepaskan sebahagian garis kubu pertahanannya. Hanya tindak pantas pasukan berkuda di bawah pemerintahan Marcus Antonius dan Gaius Trebonius yang menyelamatkan keadaan. Dinding sebelah dalam juga diserang, tetapi kehadiran parit, yang terpaksa dikambus oleh pengikut Vercingetorix, melewatkan mereka, dengan itu menghalang kejutan. Pada masa ini, keadaan tentera Rom juga terdesak. Mereka sendiri terkepong, makanan terpaksa dicatu dan tenteranya hampir keletihan.

Pada keesokkan harinya, 2 Oktober, Vercassivellaunus, sepupu Vercengetorix, melancarkan serangan besar-besaran dengan 60,000 orang, menumpu pada kelemahan di kubu pertahanan Rom (bulatan terbuka dalam gambarajah diatas). yang cuba disembunyikan Caesar, tetapi telah dijumpai oleh Gaul. Kawasan tersebut merupakan zon dengan halangan semulajadi dimana dinding berterusan tidak dapat di bina. Serangan dilakukan bersama pasukan Vercingetorix yang mendesak dari setiap sudut dari arah kubu pertahanan dalam. Caesar mempercayai displin dan keberanian tenteranya dan mengeluarkan perintah bagi mengekalkan garisan pertahanan. Dia sendiri menunggang sekeliling perimeter menaikkan semangat legionarienya. Pasukan berkuda Labienus dihantar bagi menyokong pertahanan kawasan di mana garis pertahanan ditembusi. Dengan tekanan meningkat, Caesar terpaksa menyerang balas serangdan bahagian dalam dan berjaya menolak kembali orang-orang Vercingetorix. Pada masa ini bahagian yang dipertahankan oleh Labienus hampur roboh. Caesar memutuskan untuk tindakan nekad dan membawa 13 kelompok pasukan berkuda (sekitar 6,000 orang) untuk menyerang pasukan bantuan 60,000 dari belakang. Tindakan ini mengejutkan kedua-dua penyerang dan yang bertahan. Melihat ketua mereka mengambil risiko sedemikian, orang-orang Labienus menggandakan usaha mereka dan puak Gaul menjadi panik dan cuba berundur. Sebagaimana contoh lain dalam pertempuran silam, tentera yang berundur dalam keadaan kucar-kacir menjadi mangsa mudah bagi pengejar Rom yang berdisplin. Puak Gaul yang berundur telah disembelih, dan Caesar dalam Ulasan-ulasannya menulis bahawa hanya keletihan orang-orangnya semata-mata yang menyelamatkan puak Gaul dari dihapuskan sepenuhnya.

Di Alesia, Vercingetorix melihat kekalahan pasukan pembantunya. Berhadapan dengan kelaparan dan moral yang rendah, dia terpaksa menyerah tanpa pertempuran akhir. Pada hari berikutnya, pemimpin Gallic dengan megah menyerahkan senjatanya kepada Julius Caesar, mengakhiri pengepungan Alesia.

Selepasnya

[sunting | sunting sumber]

Alesia terbukti mengakhiri terbukti mengakhiri penentangan tersusun dan menyeluruh terhadap penjajahan Rom di Gaul. Negara tersebut ditundukkan, menjadi jajahan Rom dan akhirnya dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian pentadbiran yang lebih kecil. Tidak sehingga abad ke 3 satu lagi pergerakan kearah kemerdekaan berlaku (lihat Empayar Gallic). Pasukan di Alesia dijadikan tawanan termasuk juga tentera penyelamat yang terselamat. Mereka samaada dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada legionarie Caesar, kecuali ahli puak Aedui dan Averni, yang dibebaskan dan diampunkan untuk mengekalkan persekutuan Rom dengan puak penting ini.

Bagi Caesar, Alesia merupakan kejayaan tersendiri yang besar, kedua-dua dari segi ketenteraan dan politik. Senate diperalatkan oleh Cato dan Pompey mengistiharkan 20 hari kesyukuran (thanksgiving) untuk kejayaan ini, tetapi mengenepikan penghormatan bagi Caesar untuk menyambut perarakan kemenangan Rom, kemuncak bagi kerjaya sebarang jeneral. Ketegangan politik meningkat, dan dua tahun kemudian, pada 50 SM, Caesar menyeberangi Rubicon, yang memulakan perang saudara Republik Rom pada 49 SM, yang dimenanginya. Setelah dilantik sebagai konsul, untuk setiap tahun semasa perang, dan dilantik sebagai diktator Rom sementara beberapa kali, dia akhirnya dijadikan dictator perpetuus (diktator seumur hidup), oleh senet Rom pada tahun 44 SM. Penghormatan dan kuasanya yang sentiasa meningkat melemahkan tradisi yang merupakan batu asas republik Rom, dan mendorong kepada berakhirnya Republik Rom dan permulaan Empayar Rom.

Komander pasukan berkuda Caesar mengikut beberapa haluan. Labienus menyokong Optimates ("orang baik"), golongan bangsawan dalam perang saudara tersebut, dan terbunuh dalam Pertempuran Munda pada tahun 45 SM. Trebonius, salah seorang leftenan Caesar yang paling dipercayai, dilantik sebagai konsul, oleh Caesar, pada tahun 45 SM, dan merupakan salah seorang senator yang terbabit dalam pembunuhan Caesar pada peristiwa 15 Martius (15 Mac 44 SM). Dia sendiri dibunuh setahun berikutnya. Antonius kekal sebagai penyokong setia Caesar. Dia dijadikan timbalan Caesar, sebagai Tuan Kuda (Master of the Horse), dan ditugaskan di Itali kebanyakan masa semasa perang saudara. Pada tahun 44 SM dia dilantik sebagai rakan konsular Caesar. Setelah pembunuhan Caesar, Antonius memburu pembunuh Caesar dan bertanding untuk kuasa teragung dengan Octavian (kemudiannya menjadi Caesar Augustus), pertamanya membentuk perikatan dengan Octavian (dan Marcus Aemilius Lepidus) dalam Triumvirate Kedua, kemudain setelah dikalahkan olehnya dalam Pertempuran Actium pada tahun 31 SM. Bersama sekutunya dan kekasihnya ratu Cleopatra, dia lari ke Mesir, di mana mereka membunuh diri, pada tahun berikutnya.

Vercingetorix dijadikan tahanan dan dilayan dengan penghormatan di raja selama lima tahun berikutnya, sementara menunggu dipamirkan pada majlis kemenangan Caesar. Sebagaimana tradisi untuk ketua musuh yang ditawan dan diarak, pada akhir perarakan kemenangan, dia dibawa ke Tullianum (juga dikenali sebagai Penjara Mamertine) dan dicekik sampai mati.

Isu dalam lakunan semula sejarah kejadian tersebut

[sunting | sunting sumber]

Selama beberapa tahun, lokasi sebenar pertempuran tidak diketahui. Teori berlawanan mulanya menumpu kepada dua bandar, Alaise di Franche-Comté dan Alise-Sainte-Reine di Côte-d'Or. Maharaja Napoleon III dari Perancis menyokong calun kedua dan semasa 1860an mebiayai carigali yang membongkar bukti yang menyokong kehadiran kem Rom dikawasan tersebut. Dia kemudiannya mendirikan patung Vercingetorix di puing yang baru ditemui. Bagaimanapun, ketidakpastian kekal. Malah, mukabumi Alise-Sainte-Reine tidak menyamai gambaran Caesar. Sebagai contoh, tapak tersebut terlalu kecil untuk menempatkan 80,000 orang infantari Gallic, 10,000+ pasukan berkuda dan penduduk. Teori baru menyokong lokasi pertempuran di Chaux-des-Crotenay di pintu masuk pergunungan Jura. Penyelidikan awal di Chaux-de-Crotenay menghasilkan sistem pertahanan rom lengkap yang serupa dengan gambaran Caesar ditapak tersebut. Bagaimanapun, penyelidikan arkhaelogikal diperlukan bagi mengesahkan dengan tepat lokasi Alesia.

Jumlah tepat mengenai saiz tentera yang terbabit, dan jumlah korban, sukar diketahui. Jumlah sedemikian sentiasa merupakan senjata propaganda, dan perlu disyaki. Caesar, dalam De Bello Galliconya, merujuk kepada tentera bantuan Gallic sebagai suku juta, kemungkinannya diperbesarkan bagi meningkatkan kemenangannya. Malangnya, rekod tunggal mengenai perkara tersebut datangnya dari Rom dan dianggap berat sebelah. Ahli sejarah moden biasanya mempercayai jumlah antara 80,000–100,000 orang adalah lebih dipercayai. Fakta yang diketahui adalah setiap tentera dalam legion Caesar mendapat seorang Gaul sebagai hamba, yang bererti sekurang-kurangnya 40,000 tahanan, kebanyakkannya dari pasukan yang dikepong. Pasukan penyelamat kemungkinannya mengalami kerugian besar, sebagaimana tentera lain yang hilang kawalan perang dan berundur sambil diserang pasukan berkuda Rom.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]