Yves Leterme
Yves Leterme | |
---|---|
Perdana Menteri Belgium | |
Memegang jawatan 25 November 2009 | |
Raja | Albert II |
Timbalan | Lihat senarai
|
Didahului oleh | Herman Van Rompuy |
Dalam jawatan 20 Mac 2008 – 30 Disember 2008 | |
Raja | Albert II |
Timbalan | Lihat senarai
|
Didahului oleh | Guy Verhofstadt |
Digantikan oleh | Herman Van Rompuy |
Menteri-Presiden Flanders | |
Dalam jawatan 20 Julai 2004 – 28 Jun 2007 | |
Didahului oleh | Bart Somers |
Digantikan oleh | Kris Peeters |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wervik, Flanders Barat, Belgium | 6 Oktober 1960
Parti politik | CD&V |
Pasangan | Sofie Haesen |
Yves Camille Désiré Leterme (lahir 6 Oktober 1960) ialah seorang ahli politik Belgium, ahli Parti Demokratik dan Flanders Kristian (CD&V), dan juga Perdana Menteri Belgium terkini. Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Bajet, Pembaharuan Institusi, Pengangkutan dan Laut Utara dalam kerajaan persekutuan Belgium. Beliau juga bekas Presiden Menteri Flanders dan Menteri Pertanian dan Perikanan Flanders.
Leterme memegang jawatan Perdana Menteri Belgium dari Mac hingga Disember 2008. Beliau pernah menjadi Menteri Hal-Ehwal Luar, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Belanjawan, Pembaharuan Institusi, Pengangkutan dan Laut Utara dalam kerajaan persekutuan Belgium, dan juga bekas Menteri-Presiden Flanders dan Menteri Pertanian dan Perikanan Flanders.
Pada 14 Julai 2008, berikutan kegagalan menepati tarikh akhir untuk melaksanakan "pembaharuan perlembagaan" yang merangkumi penyambungan penurunan kuasa kepada tiga komuniti bahasa dalam negara ini, Leterme menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Raja Albert II, ketua negara Belgium. Pada 17 Julai, setelah sibuk berunding dengan para pemimpin parti politik, kesatuan sekerja dan persatuan pekerja, Raja Albert menolak perletakan jawatan Leterme. Sebaliknya, baginda melantik suhuranjaya tiga wakil komuniti bahasa untuk mencari jalan untuk memulakan semula proses pembaharuan.[1]
Pada 19 Disember 2008, Leterme sekali lagi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Raja setelah menghadapi krisis penjualan syarikat kewangan Fortis kepada BNP Paribas.[2] Pada 22 Disember 2008, Raja Albert II menerima perletakan jawatannya serta seluruh kerajaan pimpinannya. Beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga 30 Disember, setelah Herman Van Rompuy dilantik sebagai penggantinya.[3] Pada 24 November 2009, diumumkan bahawa Leterme mengambil balik jawatan Perdana Menteri dari Van Rompuy yang dilantik sebagai Presiden Majlis Eropah pertama.[4]
Pada 22 April 2010, Leterme sekali lagi menawarkan perletakan jawatan kepada Raja Albert II setelah parti Open VLD menarik balik sokongannya dari kerajaan campuran.[5].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "BBC News, 17 July 2008". BBC News. 2008-07-17. Dicapai pada 2010-04-27.
- ^ CNN.com, "Belgium Prime Minister offers resignation over banking deal"
- ^ (Perancis) Yvesleterme.be Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine, King accepts government resignation
- ^ (Belanda) Leterme nieuwe premier van België[pautan mati kekal]
- ^ "Belgian coalition government crumbles as PM resigns". www.english.rfi.fr. Dicapai pada 2010-04-27.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Belanda) Laman web peribadi Diarkibkan 2007-04-25 di Wayback Machine
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Guy Verhofstadt |
Perdana Menteri Belgium 2008 |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Bart Somers |
Presiden Menteri Flanders 2004 – 2007 |
Diikuti oleh: Kris Peeters |
Didahului oleh Karel De Gucht |
Menteri Hal Ehwal Luar Negara 2009 |
Diikuti oleh: Steven Vanackere |
Didahului oleh Herman Van Rompuy |
Perdana Menteri Belgium 2009–2010 |
Pemegang jawatan kini |